Terengganu berjaya tarik pelaburan swasta bernilai RM2.2 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Terengganu berjaya tarik pelaburan swasta bernilai RM2.2 bilion

Terengganu berjaya tarik pelaburan swasta bernilai RM2.2 bilion

17 Feb 2021

Terengganu berjaya menarik pelaburan swasta sehingga awal bulan ini seba­nyak RM2.2 bilion, iaitu 56 peratus daripada sasaran pelaburan komited sebanyak RM3.9 bilion untuk tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Baidzawi Che Mat berkata, daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada pelaburan daripada sektor pembuatan.

Menurutnya, sasaran pelaburan yang di­realisasikan pada tahun 2021 adalah seba­nyak RM3.2 bilion yang mana 14 peratus daripadanya adalah pelaburan dalam perancangan yang telah pun dilaksanakan.

“Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi akibat wabak Covid-19, ECERDC akan menggiatkan usaha untuk menarik pelaburan baharu terutama di dalam industri tenusu.

“Ini termasuklah mengu­kuhkan kerjasama dengan dewan-dewan perniagaan termasuklah usaha promosi bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Terengganu Inc. dan Malaysian Industrial Development Finance,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu semalam.

Baidzawi menjelaskan, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk merealisasikan pelaburan di negeri ini, terutamanya projek pelaburan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Sumber: Kosmo

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon