B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, Singapura berada di kedudukan untuk raih manfaat pertumbuhan global pada 2022

Malaysia, Singapura berada di kedudukan untuk raih manfaat pertumbuhan global pada 2022

17 Feb 2021

Malaysia dan Singapura berada di kedudukan untuk meraih manfaat pertumbuhan global pada 2022, menurut Moody’s Analytics.

Firma itu menjelaskan kedua-dua negara telah mengambil langkah berhati-hati bagi pembukaan sempadan untuk membolehkan perjalanan walaupun menjadi antara negara paling giat melaksanakan sokongan dari segi dasar skal demi ekonomi masing-masing sejak tahun lepas.

“Malaysia juga sedang menguatkuasakan perintah darurat dan mengekang perjalanan antara negeri,” menurut rma penyedia kaedah analisis dan perisikan kewangan untuk membantu peneraju perniagaan membuat keputusan terbaik dan pantas itu, menerusi nota ulasan ekonomi ‘Trade Links Key to APAC Recovery’ pada Rabu.

China dan hubungannya melalui rantaian bekalan di Asia Pasik (APAC) dan bahagian lain di seluruh dunia boleh membantu Asia menerajui pemulihan ekonomi, seperti yang telah dilakukan dalam menghadapi krisis kewangan global 2008-2009, jelasnya.

Moody’s Analytics menekankan fokus untuk meningkatkan kembali aspek pengeluaran dalam ekonomi secara berkesan membolehkan sektor pembuatan memacu pemulihan China mulai suku kedua 2020 dan pada masa sama melonjakkan ekonomi sekitar Asia, memandangkan negara-negara lain telah melonggarkan banyak sekatan pergerakan.

“Negara termasuk Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Indonesia menerima manfaat daripada situasi ketersediaan permintaan perdagangan yang semakin meningkat di China,” menurutnya.

Perdagangan serantau di antara China dengan negara APAC yang lain turut bergantung kepada permintaan barang yang stabil dari Eropah dan Amerika Utara, jelasnya.

Ia menambah, rang undang-undang rangsangan kedua Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diluluskan, akan memperkukuh prospek import barangan ke AS.

“Bagaimanapun, permintaan terhadap barangan di Eropah berada pada risiko tinggi, sekurang-kurangnya bagi jangka terdekat,” menurut Moody’s Analytics.

Ia menjelaskan perdagangan dengan China tahun lepas berkembang dari segi peratusan dalam dua digit bagi Vietnam, Malaysia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Singapura.

“Harus diingat perdagangan sahaja tidak cukup untuk menjamin pemulihan ekonomi sepenuhnya. Usaha lain yang perlu ialah mengekang penularan COVID-19, yang belum dapat dicapai oleh Indonesia dan Malaysia,” menurutnya.

Walaupun momentum pemulihan China telah meningkatkan perdagangan di seluruh APAC namun, kemampanan aliran eksport serantau masih bergantung pada usaha secara bersama untuk membendung pandemik itu.

“Indonesia, Filipina dan Malaysia terus giat berusaha dan mungkin memerlukan lebih banyak sokongan skal memandangkan semua negara ini berdepan risiko kuarantin tambahan dan perintah kawalan pergerakan bagi bulan-bulan datang datang, ” kata Moody’s Analytics.

Selain hubungan perdagangan, kadar pelaksanaan suntikan vaksin turut akan membezakan lagi corak pertumbuhan ekonomi pada 2021 namun kadar itu masih sukar dipantau di Asia kerana kekurangan data yang tersedia daripada sumber gabungan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon