Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak

Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak

31 Mei 2023

Tenaga hidro akan masih menjadi tumpuan utama sumber tenaga Sarawak, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata sumber asli negeri yang banyak, terutama hujan lebat dan sungai menawarkan persekitaran terbaik untuk pembangunan tenaga hidro selanjutnya.

Abang Johari berkata atas sebab ini, beliau baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd untuk meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.

“(Setakat ini) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengambil ekuiti dalam projek Trusan dan kami sedang berunding dengan pihak ketiga untuk turut mengambil ekuiti.

“Saya difahamkan projek kuasa hidro Trusan tidak akan menjejaskan penempatan di situ kerana kawasan itu telah dibersihkan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2023 (SEVA 2023) di sini, malam tadi.

Loji hidroelektrik pertama Sarawak Energy, empangan Batang Ai berkuasa 108 megawatt (MW) telah beroperasi pada 1985, diikuti oleh Bakun (2,400MW) pada 2011 dan Murum (944MW) pada 2014.

Pada masa ini, projek hidroelektrik Baleh (1,285MW) sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2027.

Jumlah kapasiti terpasang loji hidro besar Sarawak Energy ialah 3,452MW.

Sebagai tambahan kepada projek hidroelektrik yang besar, Sarawak Energy juga telah membangunkan loji kuasa hidro kecil yang menyokong komuniti luar grid dan elektrik luar bandar di banyak kampung terpencil di Sarawak. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon