B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat tersenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu dengan MKN dibenar guna surat CIMS 3.0

Syarikat tersenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu dengan MKN dibenar guna surat CIMS 3.0

06 Jul 2021

Syarikat yang tersenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara bagi lokasi Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi menggunakan surat baharu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata surat CIMS 3.0 yang baharu ini akan mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah kod QR surat tersebut.

“Sebagaimana pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai, pergerakan syarikat dalam sektor perkhidmatan perlu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menggunakan surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR),” katanya.

MITI berkata, syarikat di kawasan PKPD yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

Menurutnya,  platform CIMS 3.0 dikongsi dengan 17 kementerian dan tiga  agensi dan setiap permohonan akan diproses dan diluluskan setiap kementerian dan agensi mengikut portfolio masing-masing.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon