B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat Malaysia minat guna perkhidmatan awan hibrid – Kaji selidik

Syarikat Malaysia minat guna perkhidmatan awan hibrid – Kaji selidik

03 Feb 2021

Pemilik perniagaan dan syarikat Malaysia berminat untuk menggunakan perkhidmatan awan hibrid, dengan 97 peratus daripada responden Malaysia dalam kaji selidik Nutanix Enterprise Cloud Index (ECI) mengenal pastinya sebagai model operasi yang ideal.

Pengurus Negara Nutanix Malaysia Avinash Gowda berkata pandemik global telah mempercepatkan penggunaan awan dalam kalangan syarikat dengan 88 peratus daripada responden di negara ini menyatakan COVID-19 telah menyebabkan teknologi maklumat (IT) dilihat lebih strategik dalam organisasi mereka.

“Sebanyak 67 peratus daripada responden Malaysia menyatakan mereka telah meningkatkan pelaburan mereka dalam awan awam, 58 peratus dalam awan swasta dan 51 peratus telah meningkatkan pelaburan awan hibrid mereka sebagai akibat langsung daripada pandemik,” katanya pada taklimat media Nutanix ECI secara maya hari ini. 

Avinash berkata ECI menunjukkan responden Malaysia telah menjalankan awan hibrid lebih sedikit daripada purata hari ini dengan kadar penembusan sebanyak 14 peratus, dan mereka menyasarkan untuk meningkatkan kepada 57 peratus dalam tempoh lima tahun. 

“Syarikat Malaysia bukan hanya merancang untuk melaksanakan pendigitalan, mereka mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai dan menjalin kerjasama dengan mereka dalam perjalanan transformasi ini.

“Kebanyakan responden ECI, termasuk di Malaysia, menunjukkan bahawa mereka dalam proses peralihan kepada awan hibrid,” katanya.

Dapatan ECI lain menunjukkan kos bukan faktor utama bagi syarikat memacu transformasi digital mereka berikutan matlamat untuk memodenkan infrastruktur IT adalah meningkatkan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan perniagaan.

“Responden mahu kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan sumber IT mereka. Mereka mahu dapat ditingkatkan dan memenuhi permintaan perniagaan dan menyokong pelanggan mereka. Oleh itu, penjimatan kos bukan satu-satunya faktor yang mendorong penggunaan awan,” kata Avinash. 

Menurut laporan, rakyat Malaysia menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkan fleksibiliti perniagaan, sokongan yang lebih baik untuk pelanggan, meningkatkan keselamatan, menyokong aplikasi yang tidak akan dikendalikan dengan mudah dalam persekitaran awan pihak ketiga dan sokongan kepada kerja jarak jauh.

Kebanyakan responden kaji selidik ECI menyatakan keselamatan dan tadbir urus yang berkaitan serta kebimbangan mengenai pematuhan antara faktor keputusan terbesar mereka dan cabaran terbesar dengan pengkomputeran awan, menurut laporan itu.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X