B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


SC Estate Builder labur RM13.5 bilion bina loji solar

SC Estate Builder labur RM13.5 bilion bina loji solar

28 Apr 2021

SC Estate Builder Bhd (SCBUILD) akan melabur sehinngga RM13.5 bilion bagi melonjakkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui negara.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan SCBUILD, Alex Loh Boon Ginn, berkata pelaburan yang bakal dilaksanakan kumpulan itu adalah bagi pembinaan loji jana kuasa solar Photovoltaic (PV) dengan sasaran kapasiti 3,000 megawatt dan 3,000 unit rumah mampu milik pintar.

Beliau berkata, pelaburan itu dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Katanya, pelaburan dana itu akan dilaksanakan melalui penerbitan bon dan saham cagaran.

“Loji jana kuasa solar PV ini akan membantu inisiatif kerajaan meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui kepada 20 peratus daripada keseluruhan tenaga dijana negara menjelang 2025.

“Ketika ini, kami masih dalam peringkat awal perbincangan dengan kerajaan bagi memperoleh tanah. Loji jana kuasa solar ini memerlukan keluasan tanah seluas 9,000 ekar. Lokasinya masih belum ditentukan lagi tetapi kumpulan cenderung untuk melaksanakannya di wilayah utara semenanjung.

“Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan anggaran 200 hingga 300 megawatt satu tahun. Kami yakin usaha ini akan membantu inisiatif kerajaan ke arah kelestarian sumber tenaga,” katanya kepada BH di sini hari ini.

Boon Ginn berkata, kerajaan juga sebelum ini memerlukan pelaburan sebanyak RM33 bilion bagi usaha meningkatkan tenaga boleh diperbaharui ini dan memerlukan sumbangan pembiayaan swasta.

Beliau berkata, selain loji jana kuasa solar, SCBUILD juga akan membina 3,000 rumah mampu milik pintar yang akan dilengkapi dengan sistem panel solar PV di bumbung setiap rumah.

Katanya, ia akan memberikan satu lagi pilihan baru kepada pembeli yang inginkan rumah pintar selain memberikan penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik.

“Rumah mampu milik ini akan di bina di Kedah dan setiap rumah akan mempunyai panel solar PV. Pembeli rumah ini kelak tidak perlu lagi membayar bil elektrik kerana ia menggunakan tenaga solar sepenuhnya.

“Lebihan tenaga solar yang dijana akan disalurkan kembali kepada pihak berkepentingan. Selain memberi penjimatan penggunaan tenaga, ia turut mendidik pembeli dalam tenaga boleh diperbaharui.

“Rumah mampu milik ini dijangka akan memulakan pembinaan fasa pertama sebanyak 500 unit dengan GDV sebanyak RM150 juta tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut Boon Ginn berkata, tenaga boleh diperbaharui ini juga adalah cabang perniagaan baru SCBUILD yang sebelum ini banyak terbabit dalam sektor pembinaan yang ketika ini menyumbang 90 peratus daripada pendapatan kumpulan.

Beliau berkata, sektor tenaga boleh diperbaharui akan memberikan sumbangan pendapatan yang signifikan kepada kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang sekitar 30 hingga 40 peratus.

Katanya, kumpulan juga melaksanakan pemasangan dan pelaburan pemasangan panel solar di bangunan komersial, yang turut akan menjadi sumbangan penting sektor itu kepada kumpulan.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon