B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ACG, BPASB meterai MoU pengeluaran silinder komposit ACGas di Sabah

ACG, BPASB meterai MoU pengeluaran silinder komposit ACGas di Sabah

29 Apr 2021

Astana City Group Sdn Bhd (ACG) melantik Borneo Petroleum Alliance Sdn Bhd (BPASB) sebagai kilang pembotol dan pembekal utama silinder komposit jenama ACGas di Sabah.

Silinder komposit ACGas merupakan produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit pertama di Malaysia keluaran ACG dengan ciri-ciri istimewa seperti ringan, bebas karat serta tidak mudah terbakar.

Kerjasama itu dimuktamadkan pada satu majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di sini pada Khamis  yang mana ACG diwakili oleh Pengarah Urusannya Mohd Fareez Nik Ahmad Azman manakala BPASB  diwakili oleh Pengarah Urusannya Mohamat Hassan.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Joachim berkata MoU berkenaan menjadikan kedua-dua syarikat itu saling melengkapi dalam memastikan kemudahan terbabit dapat disalurkan kepada kumpulan sasaran di Sabah.

“Penglibatan kedua-dua syarikat berkenaan amat dialu-alukan dalam membekalkan silinder komposit ACGas di negeri ini dari segi pembangunan industri serta bagi manfaat rakyat,” katanya.

Menurutnya, usaha sedemikian penting terutama ketika negara berdepan  pelbagai cabaran susulan penularan COVID-19 yang menyebabkan ramai peniaga, pengusaha dan juga pekerja termasuk di sektor perindustrian yang kehilangan punca pendapatan.

“Oleh itu, MoU yang dimeterai hari ini akan dapat mewujudkan peluang dari segi pelaburan dalam industri ini selain  membuka peluang pekerjaan menerusi pembukaan kilang-kilang pembotolan ACGas di Sabah,” katanya.

Joachim berkata, MoU tersebut juga dapat  menggalakkan kerjasama serta usaha pelaburan pelbagai hala dan peringkat yang turut membantu pertumbuhan ekonomi Sabah.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon