B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Samaiden peroleh kerja-kerja EPCC bernilai RM46.4 juta

Samaiden peroleh kerja-kerja EPCC bernilai RM46.4 juta

01 Jul 2021

Samaiden Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM46.4 juta daripada Greenviro Solutions Sdn Bhd untuk menjalankan, antara lain, kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) di Pulai Pinang.

Kerja-kerja EPCC, adalah berkaitan dengan pembangunan loji berskala besar janakuasa solar photovolta (LSSPV) 10MWac di Lot 1478, Mukim 8, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Greenviro adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan turut terlibat dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui melalui penjanaan tenaga solar, pengambilan gas metana dan mengembangkan sistem pencernaan anaerob untuk menghasilkan elektrik.

“Skop kerja EPCC meliputi reka bentuk, pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan untuk projek itu,” kata syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak tersebut dijangka menyumbang pendapatan yang positif kepada masa depan Samaiden dan anak syarikatnya sepanjang tempoh penganugerahan, tanpa melibatkan sebarang keadaan luar jangka.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon