B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sabah, Sarawak berperanan penting giatkan semula BIMP-EAGA

Sabah, Sarawak berperanan penting giatkan semula BIMP-EAGA

26 Apr 2021

Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam menggiatkan semula Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-IndonesiaMalaysia-Filipina (BIMP-EAGA) sebagai penyelesaian berpotensi bagi pemulihan sosioekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata BIMP-EAGA yang juga kumpulan serantau terbesar di Asia, diwujudkan pada 27 tahun lepas bagi melonjakkan pembangunan ekonomi, meningkatkan daya saing eksport serta menyuntik tarikan EAGA untuk pelaburan tempatan serta asing.

“Sehubungan itu, kita perlu meneliti semula misi dan visi BIMP-EAGA agar ia turut memberi manfaat ekonomi kepada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, selepas menerima kunjungan delegasi Majlis BIMP-EAGA Sabah yang diketuai oleh Utusan Khas, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam pada itu, Ongkili juga menyifatkan pelantikan Pandikar sebagai tepat pada masanya serta wajar memandangkan beliau mempunyai hubungan baik dengan negara-negara jiran yang juga rakan dalam BIMP-EAGA.

“Saya yakin, idea serta pengalaman luas Tan Sri Pandikar akan dapat meningkatkan peranan Sabah dan Sarawak dalam kumpulan tersebut,” katanya.

Pada pertemuan itu, Ongkili turut diberi taklimat mengenai misi BIMP-EAGA Sabah sebagai pemangkin bagi menjana hasil untuk Sabah, Sarawak serta Malaysia secara menyeluruh; mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan sumber untuk menjana pendapatan rakyat, pembangunan prasarana dan logistik selain memasarkan produk serta warisan Sabah.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon