Industri OGSE dijangka sumbang sehingga RM50 bilion kepada KDNKmenjelang 2030 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Industri OGSE dijangka sumbang sehingga RM50 bilion kepada KDNKmenjelang 2030

Industri OGSE dijangka sumbang sehingga RM50 bilion kepada KDNKmenjelang 2030

27 Apr 2021

Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) dijangka menyumbang antara RM40 bilion dan RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030 daripada RM20 bilion pada tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sumbangan yang lebih tinggi daripada sektor ini akan didorong oleh pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030.

“Pelan Tindakan itu bertujuan memberikan hala tuju kepada syarikat OGSE untuk meningkatkan daya saing, kecekapan dan kemampuan teknologi mereka.

“Kita perlu memastikan bahawa pertumbuhan sektor ini dapat dicapai secara mampan tanpa kos yang besar untuk generasi akan datang, melalui inovasi dan kemajuan dalam teknologi rendah karbon,” katanya dalam ucaptama pada pelancaran pelan tindakan itu di sini hari ini.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 1,500 syarikat OGSE yang aktif.

Mustapa berkata pelan tindakan itu akan turut dijangka terus menawarkan peluang pekerjaan kepada 60,000 tenaga kerja, peningkatan yang ketara dalam paten OGSE oleh usahawan tempatan dan berperanan untuk mendorong lebih banyak OGSE ke arah meningkatkan pelaporan kemampanan dan amalan perniagaan dengan sasaran kira-kira 70 syarikat menggunakan dan melaporkan model perniagaan berasaskan kemampanan.

Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), disokong dan dibimbing oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, telah bekerjasama erat dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, Petronas dan persatuan industri sejak 10 bulan lepas untuk membangunkan pelan tindakan itu.

Pelan tindakan itu akan merangkumi empat tonggak strategi dalam daya saing, daya tahan, pembangunan dan kemampanan, serta 31 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa mulai 2021.

MPRC turut memperkenalkan Geran Pembangunan Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE DG) berjumlah RM25 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC)  untuk meningkatkan daya saing mereka melalui inovasi dalam teknologi dan membantu memacu langkah mereka ke arah pengkomersialan dan eksport.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC Mohd Yazid Ja’afar berkata geran itu sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membantu dan memudahkan PKS dan MTC OGSE yang berpotensi tinggi untuk maju dan membangunkan teknologi dan inovasi mereka di sepanjang peringkat proses pengkomersialan.

“Geran itu sebanyak RM5 juta setahun. Sasaran pada tahun ini ialah membantu sekurang-kurangnya  20 PKS dan MTC untuk memohon melalui fasa daya maju mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon