B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pulau Pinang mahu pelbagai industri E&E tarik pelaburan asing – Chow

Pulau Pinang mahu pelbagai industri E&E tarik pelaburan asing – Chow

01 Jan 2022

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat mempelbagaikan industri elektrik dan elektroniknya (E&E) sebagai tarikan utama untuk menarik minat pelabur asing melabur di negeri itu selain meningkatkan peluang pekerjaan bagi tahun 2022.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata industri tersebut sememangnya dilihat mampu berkembang lebih maju dan berdaya saing pada tahun ini berikutan pulangan hasil yang positif daripada pelaburan asing sejak kebelakangan ini terutamanya pada 2019 dan 2020 yang mencecah RM30 bilion meskipun dunia sedang berdepan gangguan rantaian bekalan disebabkan pandemik COVID-19.

“Kita mahu mempelbagaikan pelaburan kerana selama ini sektor E&E adalah tarikan utama, jadi kita mahu memaksimumkan pulangan dalam E&E untuk berkembang ke sektor berkaitan seperti peralatan perubatan serta penggunaan teknologi baharu bagi memastikan sektor perkhidmatan berkembang seiring kerana bagi tempoh dua (ke) tiga dekad ini sektor perkhidmatan dan pembuatan merupakan ‘twin engine of growth’ (jentera berkembar pertumbuhan).

“Selain daripada hendak kekalkan (perkembangan sektor perkhidmatan dan pembuatan), kerajaan negeri komited untuk mempromosikan sektor tersebut dengan menumpukan kepada penggunaan teknologi yang lebih maju iaitu ekonomi digital,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program City Walk 1.1.2022 anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Padang Kota Lama di sini, hari ini.

Chow berkata kedatangan pelabur asing yang berpotensi ke Pulau Pinang pada tahun ini dilihat mampu meningkatkan peluang pekerjaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru beliau  menyarankan setiap pemain industri untuk mengkaji semula tangga gaji dalam beberapa sektor pekerjaan termasuk bidang profesional, jurutera, juruteknik dan sebagainya agar tenaga mahir dapat kekal dengan sesebuah syarikat bagi tempoh jangka panjang.

“Kita tidak mengabaikan faktor-faktor penting ini kerana ingin menyempurnakan satu ekosistem yang berdaya saing serta seimbang dan pada masa yang sama kita mahu memastikan ada pakar dan tenaga mahir yang mencukupi bagi mengisi peluang pekerjaan yang wujud di Pulau Pinang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chow turut mengumumkan MBPP  melantik P. A Ranjendran sebagai setiausaha bandaraya  baharu  berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Addnan Mohd Razali yang telah tamat kontraknya setelah berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan itu lebih 30 tahun.

“Dengan pelantikan tersebut, MBPP dan kerajaan negeri berharap Rajendran yang sudah berkhidmat dengan MBPP selama 36 tahun diharap dapat menyokong dasar MBPP dan kerajaan negeri dalam melaksanakan segala misi dan visi untuk tempoh ini dan masa hadapan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X