B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Program Road2Growth bantu tingkatkan pembangunan teknologi dalam perniagaan

Program Road2Growth bantu tingkatkan pembangunan teknologi dalam perniagaan

23 Mei 2022

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) komited untuk meningkatkan pembangunan teknologi dalam perniagaan melalui program Road2Growth 2022 (R2G) dan kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi ahli ekosistem MTDC.

Pengarah Bahagian Pembangunan Teknologi MTDC Mohammad Farish Nizar Othman berkata program ini telah dilaksanakan di Kota Kinabalu dan Kuching pada 21 Mac dan 23 Mac lepas dan kini diteruskan dengan lokasi ketiga di sini untuk meluaskan capaiannya ke wilayah utara.

“Peserta terdiri daripada graduan, penyelidik, usahawan mikro, kecil dan sederhana serta syarikat pemula dan pengendalian jelajah pada tahun ini lebih ke arah perkongsian produk serta solusi teknologi tempatan oleh syarikat ekosistem MTDC. 

“Penggunaan teknologi sudah terbukti boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan menambah pendapatan syarikat,” katanya pada sidang media selepas melawat pameran oleh lapan syarikat ekosistem MTDC di bawah program R2G hari ini.

Graduan yang menghadiri program ini boleh mendapat manfaat daripada mengadaptasikan Industri 4.0 dan pendigitalan sekali gus menaik taraf kualiti bakat tempatan serta menjadi nilai tambah kepada kualiti pembelajaran untuk kegunaan masa depan mereka.

Mengenai lapan syarikat ekosistem MTDC yang mempamerkan produk dan servis mereka pada program hari ini, katanya mereka terdiri daripada syarikat yang berkecimpung dalam teknologi bidang robotik, automasi, pencetakan 3D, realiti berperantara, teknologi dron, antara lainnya. 

Tambahnya, syarikat ini juga merupakan ahli komuniti Center of 9 Pillars™ (Co9P™), iaitu objektifnya untuk mengumpulkan syarikat Industri 4.0 di Malaysia untuk mereka bekerjasama.

“MTDC juga ingin membangunkan rangkaian Co9P ™ ini di luar Lembah Klang, iaitu di Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu dan Pulau Pinang. Kami turut menjemput usahawan tempatan untuk menjadi rakan niaga Co9P™.

“Dengan rangkaian hab ini, usahawan IKS berpeluang untuk bekerjasama dan meluaskan rangkaian perniagaan untuk meningkatkan solusi dan teknologi yang dapat diguna pakai dalam perniagaan mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X