B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PM Anwar harap perwakilan diplomatik bawa pendekatan lebih segar tarik pelaburan asing

PM Anwar harap perwakilan diplomatik bawa pendekatan lebih segar tarik pelaburan asing

15 Dis 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu, diharap dapat membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini, Anwar memaklumkan beliau telah menerima kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di Putrajaya hari ini.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga dapat membawa nama negara terkait hala tuju dasar luar ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara pada 2 Dis lepas.

Antara yang hadir dalam pertemuan hari ini ialah Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai, Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Zainal Izran Zahari, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Mohd Adli Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon