B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PETRONAS kekal jenama ASEAN paling bernilai

PETRONAS kekal jenama ASEAN paling bernilai

28 Jan 2021

Syarikat ranking kesembilan penilaian Brand Finance Global 500

Syarikat minyak dan gas nasional, PETRONAS mengekalkan kedudukannya sebagai jenama ASEAN paling bernilai dalam laporan Brand Finance Global 500 tahun ini.

PETRONAS juga masih mengekalkan kedudukannya di tempat kesembilan dalam kalangan jenama perundingan penilaian minyak dan gas global (O&G).

Indeks Kekuatan Jenama PETRONAS, yang mengukur prestasi sesebuah jenama berbanding pesaing, meningkat kepada 87 mata daripada 86.3 mata pada 2020.

Brand Finance meletakkan ranking PETRONAS bersandarkan kepada prestasi jenamanya yang konsisten, dengan nilai jenama AS$12.04 bilion, walaupun susut berbanding AS$15.2 bilion pada 2020.

Dalam penilaian itu, Brand Finance mempertimbangkan tiga komponen utama dalam pengiraan nilai jenama iaitu kekuatan jenama, perniagaan dan ekonomi.

Semua 20 jenama O&G dalam senarai itu turut menyaksikan penurunan nilai jenama masing-masing, khususnya disebabkan oleh penurunan perniagaan dan faktor luaran.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz juga tersenarai di kedudukan ke-38 dalam Brand Guardians 2021.

Tengku Muhammad Taufik turut diiktiraf antara tiga CEO syarikat O&G teratas dunia serta CEO ASEAN yang mempunyai kedudukan tertinggi.

Mengulas kedudukan itu, beliau berkata pencapaian berkenaan adalah pengiktirafan di atas sumbangan besar diberikan oleh semua kakitangan PETRONAS.

“Kumpulan akan berusaha meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam mengawal cabaran serta peralihan tenaga global ke arah membuka lebih banyak peluang dalam mencipta nilai tambah untuk pemegang kepentingan kumpulan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon