B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Petronas dan Schlumberger teroka pelbagai bidang digital

Petronas dan Schlumberger teroka pelbagai bidang digital

24 Mac 2022

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger WTA (Malaysia) Sdn Bhd (Schlumberger) untuk bersama-sama meneroka peluang dalam bidang kemampanan, digital dan Internet Pelbagai Benda (IoT) serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menurut kenyataan Petronas pada Khamis, mengikut MoU itu, pihaknya dan Schlumberger akan melaksanakan inisiatif kemampanan utama seperti penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyerapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) merangkumi repositori data berasaskan awan untuk penyimpanan karbon dan teknologi pengasingan karbon dioksida di samping program pembangunan kompetensi dan pengurusan pelepasan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli berkata Petronas dan Schlumberger telah menjalinkan perkongsian sejak sekian lama dan bersedia untuk memanfaatkan keupayaan Schlumberger.

“Keupayaan Schlumberger akan dimanfaatkan untuk membangunkan teknologi boleh dipercayai, selamat dan sedia untuk digunakan yang mengurangkan jejak karbon dalam operasi huluan kami di samping menyediakan rangka kerja keupayaan yang tepat serta repositori data yang cekap,” katanya.

Beliau berkata pihaknya yakin kerjasama tersebut akan terus memberi inspirasi bagi penyelesaian yang lebih inovatif ke arah menguruskan pelepasan karbon sekali gus menyokong aspirasi Petronas untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Menurut Petronas pihaknya turut berusaha untuk mencapai lebih banyak pembakaran pengeluaran berterusan sifar dan pelepasan hidrokarbon dengan menggunakan teknologi yang dapat mengurangkan pelepasan di seluruh rantaian nilai.

Petronas juga sedang melaksanakan langkah terancang untuk membangunkan portfolio berdaya tahan dan mampan dalam menyokong peralihan kepada sumber tenaga karbon rendah-kepada-sifar, jelasnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X