B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pestech bekerjasama dengan syarikat Perancis terokai projek hidrogen hijau

Pestech bekerjasama dengan syarikat Perancis terokai projek hidrogen hijau

24 Mei 2022

Pestech International Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Hydrogène De France SA (HDF Energy) untuk bekerjasama dalam pengeluaran hidrogen hijau daripada loji janakuasa hidro di Kemboja dan Malaysia.

Pestech berkata melalui MoU hari ini, kerjasama itu berpotensi menangani penyahkarbonan pelbagai sektor seperti antara lain, perkhidmatan grid dan aplikasi perindustrian.

“Di bawah MoU itu juga, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk kerja-kerja pembangunan berkenaan dengan projek-projek di rantau Malaysia dan Kemboja sebagai fasa awal. 

“Sebagai perintis dalam hidrogen, HDF Energy akan menerajui skop pembangunan projek dan saiz, manakala Pestech akan mengambil peranan sebagai penghubung pasaran tempatan dan penyelarasan, bergerak seiringan dengan HDF Energy,” kata Pestech dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pestech juga berkata pihaknya akan diberi hak kontrak pertama untuk kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditentukan pada peringkat seterusnya mengenai pendekatan projek demi projek.

“Hak kontrak pertama akan bergantung kepada kriteria keberuntungan yang akan disahkan pada peringkat seterusnya oleh pemberi pinjaman antarabangsa dan tempatan,” tambahnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon