B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perdagangan Malaysia-UAE tahun ini dianggar lebih AS$7 bilion

Perdagangan Malaysia-UAE tahun ini dianggar lebih AS$7 bilion

04 Dis 2022

Perdagangan dua hala Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dianggarkan mencecah lebih AS$7 bilion menjelang akhir tahun, peningkatan luar biasa berbanding tahun lalu yang bernilai AS$5.4 bilion.

Menurut kenyataan yang memetik Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Alghaith, sebagai berkata ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-51 UAE yang diadakan di sini baru-baru ini, antara sektor penyumbang tertinggi kepada peningkatan itu ialah petrokimia, barang kemas, mesin dan peralatan elektrik.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap dapat mempertingkatkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara UAE dan Malaysia.

Dalam ucapannya, Alghaith turut mengetengahkan mengenai ‘Prinsip 50’ yang akan menjadi panduan untuk masa depan UAE dalam 50 tahun akan datang.

Beliau turut menyentuh mengenai perkembangan dan pencapaian negaranya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta diplomasi budaya.

Turut hadir pada majlis itu, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah, dan isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala pada awal 1970-an, diikuti dengan pembukaan misi diplomatik Malaysia di Abu Dhabi pada 1983 dan Kedutaan UAE di Kuala Lumpur pada 1995.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon