B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pelaburan RM1.5 bilion PKNM-KenTeam buka 7,000 peluang pekerjaan di Jasin

Pelaburan RM1.5 bilion PKNM-KenTeam buka 7,000 peluang pekerjaan di Jasin

20 Apr 2021

Projek pembangunan kilang memproses lateks nitril butadiena (NBR) bagi pengeluaran sarung tangan yang mencecah RM1.5 bilion (US$370 juta) di Lipat Kajang, Jasin akan membuka lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata projek usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan KenTeam Sdn Bhd itu akan dimulakan pada Mei depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.

“Justeru, pada hari ini kita menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi cadangan penjualan tanah milik PKNM seluas 38.4 hektar di Plot 14, Kawasan Industri Elkay, Lipat Kajang kepada syarikat KenTeam Sdn Bhd.

“Saya difahamkan, harga jualan keseluruhan tanah itu berjumlah RM107.5 juta,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Datuk Azmi Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn Bhd Datuk Seri Justin Lim.

Sulaiman berkata beliau mahu projek itu akan mengikut segala terma dan syarat yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri juga optimis bahawa projek yang bakal dilaksanakan ini akan dapat memberikan impak positif terutama mewujudkan peluang perniagaan baharu pada masa hadapan sekali gus membawa limpahan ekonomi bukan sahaja kepada Melaka malah negara secara amnya,” katanya.

Sementara itu, Justin berkata pelaburan di Melaka adalah satu peluang terbaik dan antara usaha untuk mengembalikan pelaburan ke negeri ini ketika pandemic COVID-19.

“Dalam tempoh enam bulan ini, kita akan mulakan pembangunan struktur dan diharap siap mengikut masa ditetapkan.

“Kami berharap projek ini akan membawa lebih banyak pelaburan ke Melaka pada masa hadapan memandangkan lokasi kilang yang terletak di kawasan strategik seperti mempunyai kemudahan lebuh raya dan pelbagai fasiliti lain,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon