Pelaburan baharu di Johor wujud 7,421 peluang pekerjaan - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pelaburan baharu di Johor wujud 7,421 peluang pekerjaan

Pelaburan baharu di Johor wujud 7,421 peluang pekerjaan

22 Sep 2022

Sebanyak RM60.9 bilion pelaburan yang diperoleh bagi tempoh separuh pertama tahun ini dijangka mewujudkan 7,421 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, 222 projek yang dicapai menerusi pelaburan asing dan domestik itu bakal mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor utama, perkhidmatan dan perkilangan.

“Prestasi pelaburan yang diterima juga menyaksikan lonjakan pelaburan dalam sektor perkhidmatan kepada RM54.2 bilion dengan 152 projek.

“Sektor perkilangan pula merekodkan nilai pelaburan yang memberangsangkan dengan RM6.7 bilion melalui 68 projek. Manakala baki pelaburan dicatatkan menerusi sektor utama atau sektor primari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Anuar Abd Manap (BN-Pemanis), Azizul Bachok (BN- Tiram), Selamat Takim (BN-Sungai Balang) dan Hasrunizah Hassan (BN-Pulai Sebatang) pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Menurut Onn Hafiz, kerajaan negeri telah merangka inisiatif bagi memperkasa aktiviti pelaburan dan menarik pelabur ke negeri ini.

“Pertama, memperkasakan peranan Invest Johor sebagai agensi utama yang bertanggungjawab untuk membawa masuk para pelabur dari dalam dan luar negara.

“Kedua, memperhebatkan peranan Johor Investment Committee (JIC) dan Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) yang berada di bawah seliaan Invest Johor selaku urusetia.

“Ini kerana JIC dan JETCO berfungsi sebagai pemudah cara antara agensi kerajaan negeri serta persekutuan dan pihak pelabur, bagi membincangkan serta menyelesaikan isu dan perkara berbangkit,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif seterusnya merancang misi perdagangan dan pelaburan strategik serta memperluaskan inisiatif Kulai Fast Lane di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dijenamakan sebagai Johor Fast Lane.

“Agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) didukung bagi memberi keyakinan serta memastikan para pelabur selesa dan dapat menjalankan operasi secara mampan.

“Selanjutnya, kerjasama pelbagai agensi persekutuan seperti MITI, MIDA, IRDA, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) serta rakan-rakan strategik pelaburan yang lain dipertingkatkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon