B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pejabat Pelaburan Digital rekod kelulusan RM3.4 bilion projek digital pada 2021 – Mustapa

Pejabat Pelaburan Digital rekod kelulusan RM3.4 bilion projek digital pada 2021 – Mustapa

10 Mac 2022

Pejabat Pelaburan Digital (DIO) telah berjaya merekodkan kelulusan RM3.4 bilion projek digital di peringkat Jawatakuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) sehingga 31 Disember 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, Mustapa berkata DIO juga telah menerima tawaran secara dasar kepada projek bernilai RM13.1 bilion yang menunggu proses kelulusan secara prosedur daripada NCI.

“Selain itu, terdapat 26 projek yang masih dalam peringkat perbincangan antara DIO dengan pihak pelabur.

“Ia merangkumi projek teknologi dan infrastruktur digital seperti pusat data, pengkomputeran awan dan robotik,” katanya semasa menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) hari ini.

DIO yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2021 merupakan sebuah platform bersepadu yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pejabat itu merupakan platform yang memainkan peranan penting untuk merealisasikan sasaran pelaburan pendigitalan bernilai RM70 bilion di bawah inisiatif MyDIGITAL menjelang 2025.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X