B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


P.Pinang catat jumlah dagangan tertinggi RM72.4b pada Sept 2022: DOSM

P.Pinang catat jumlah dagangan tertinggi RM72.4b pada Sept 2022: DOSM

28 Okt 2022

Pulau Pinang mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sebanyak RM72.4 bilion pada September 2022, daripada jumlah dagangan Malaysia RM256.9 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Berdasarkan Statistik Hari Ini bagi Statistik Eksport Import mengikut Negeri, September 2022 yang dikeluarkan oleh jabatan itu, Pulau Pinang juga mencatatkan eksport yang lebih tinggi sebanyak RM14.4 bilion, diikuti oleh Johor (RM8.3 bilion), Sarawak (RM5 bilion), Selangor ( RM2.8 bilion), Kedah (RM1.5 bilion) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM1 bilion).j

Sementara itu Sabah, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka dan Perlis masing-masing mencatatkan eksport berjumlah RM555.8 juta, RM371.4 juta, RM271.2 juta, RM108.8 juta dan RM63.6 juta.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami penurunan eksport dengan merekodkan RM430.4 juta, Pahang (RM263.9 juta), Perak (RM170.7 juta) dan Kelantan (RM118 juta).

Menurut DOSM dalam pada itu, Johor mencatatkan peningkatan tertinggi dari segi import dengan RM9.7 bilion, diikuti Selangor (RM5.9 bilion), Pulau Pinang (RM3.5 bilion), Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (masing-masing RM1.7 bilion), Melaka (RM1.3 bilion) dan Sarawak (RM1 bilion).

Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Pahang, Terengganu, Perlis dan Kelantan masing-masing turut mencatatkan import lebih tinggi iaitu RM851.8 juta, RM682.9 juta, RM625.5 juta, RM360.5 juta, RM199 juta, RM95. 7 juta, RM43.7 juta dan RM3.4 juta.

Jabatan itu menjelaskan antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus, Johor (21.2 peratus), Selangor (17 peratus), Sarawak (8.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3.3 peratus).

Bagi import pula, Selangor merupakan penyumbang utama dengan 25.8 peratus, diikuti Johor (23.5 peratus), Pulau Pinang (21.7 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6.6 peratus) dan Kedah (6.0 peratus). 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon