B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Open DC, NGX akan bangunkan pusat data di Perlis

Open DC, NGX akan bangunkan pusat data di Perlis

14 Apr 2022

Open DC dan Northern Gateway Sdn Bhd (NGX) telah membentuk pakatan strategik untuk membangunkan pusat data Tier 3 di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Delapan di Perlis.

Bagi tujuan ini, penyedia pusat data hab telekomunikasi, Open DC telah menandatangani perjanjian induk dengan NGX, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengasas dan Pengarah urusan Open DC, Wong Weng Yew berkata pembangunan pusat data di taman teknologi tinggi itu dijangka meningkatkan lagi volum dagangan dengan membangunkan trafik internet rentas sempadan.

“Kami menyasarkan untuk menambah baik pembangunan internet di sempadan untuk mencontohi kemudahan Internet Exchange (IX) yang tersedia di sempadan Malaysia-Singapura.

“Memandangkan jumlah trafik Internet antara Indo-China melalui lokasi ini, hab itu juga akan dibangunkan sebagai kawasan strategik untuk menjadi hab komersial baharu serta pusat data di utara Semenanjung,” katanya.

SBEZ Delapan sebelum ini dikenali sebagai SBEZ Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, bandar sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Menjelang tahun 2025, perdagangan antara Malaysia dan Thailand dijangka mencecah RM125 bilion, di mana dianggarkan 45 peratus daripada jumlah  dagangan adalah melalui Bukit Kayu Hitam, kata kenyataan itu.

Menjelaskan perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif NGX, Razwin Sulairee Hasnan Termizi berkata Delapan akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur internet serta revolusi digital dan perindustrian yang terjalin dengan ekosistem internet tempatan, melengkapkan kedua-dua pelan tindakan pembangunan digital negeri dan persekutuan.

Kenyataan itu berkata hab itu dijadual siap menjelang 2024 untuk membuka pintu bagi potensi kerjasama dengan pemain teknologi serantau lain dan sektor swasta dalam industri.

Ia juga berkata IX juga akan disediakan dalam pusat data ini untuk memudahkan pertukaran trafik di rantau ini oleh DE-CIX Malaysia.

DE-CIX Malaysia ialah pengendali IX yang menyediakan kependaman rendah dan sambungan berkelajuan tinggi ke kawasan yang kurang mendapat liputan di rantau ini.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon