NAICO Malaysia komited kerjasama dengan kerajaan, industri untuk manfaatkan NIMP 2030 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


NAICO Malaysia komited kerjasama dengan kerajaan, industri untuk manfaatkan NIMP 2030

NAICO Malaysia komited kerjasama dengan kerajaan, industri untuk manfaatkan NIMP 2030

09 Sep 2023

Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO Malaysia) komited untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan industri bagi memanfaatkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, ke arah mengubah Malaysia menjadi hab global untuk pembuatan dan perkhidmatan aeroangkasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shamsul Kamar Abu Samah berkata dengan bekerjasama, perbadanan itu bersedia untuk melonjak ke tahap baharu, menerima inovasi, teknologi dan kemampanan, di samping menggalakkan kemakmuran ekonomi dan keterangkuman semua rakyat Malaysia.

“Kami gembira untuk menyokong NIMP 2030. Pelan ini merupakan langkah berani dan bercita-cita tinggi namun, kami percaya matlamatnya boleh dicapai dengan sokongan yang betul daripada kerajaan dan industri.

“Sektor aeroangkasa adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kami yakin NIMP 2030 akan membantu membangunkan lagi sektor ini, menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam pembuatan dan perkhidmatan aeroangkasa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

NAICO Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut mengumumkan sokongan kukuh terhadap NIMP 2030, satu pelan tindakan berani yang memetakan laluan negara ke arah transformasi dan inovasi ekonomi.

“NAICO Malaysia menyedari peranan penting sektor aeroangkasa dalam perjalanan transformatif ini dan menyasar untuk menjadi penggerak di sebalik pertumbuhan dan pembangunannya,” tambah NAICO Malaysia.

Sektor aeroangkasa menjadi asas kepada visi NIMP 2030, yang menyasar untuk meraih perolehan industri berjumlah RM55.2 bilion pada 2030.

Penekanan NIMP 2030 terhadap inovasi dan teknologi dalam sektor aeroangkasa akan meningkatkan daya saing dan menarik lagi pelaburan dan perkongsian industri.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon