B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MIDA sasar jana potensi bernilai RM2 bilion pada IGEM 2021

MIDA sasar jana potensi bernilai RM2 bilion pada IGEM 2021

26 Jan 2021

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mensasarkan menjana potensi perniagaan bernilai RM2 bilion pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata ia disokong oleh 200 gerai pempamer  dan lebih daripada 10,000 pengunjung dari 20 negara, jumlah yang dijangka tahun ini.

“Kami berbangga bahawa sasaran menjana perniagaan bernilai RM1.6 bilion untuk IGEM 2020 telah diperkukuhkan dengan unjuran pelaburan baharu sebanyak RM3.08 bilion dalam tenaga boleh diperbaharui (RE), kecekapan tenaga, penyewaan solar, pengurusan sisa pepejal bersepadu, bangunan hijau dan sektor pembuatan,” katanya ketika sidang media maya untuk mengumumkan prestasi IGEM ke-11 yang diadakan di sini pada Oktober, tahun 2020.

Azman berkata segmen RE untuk pengurusan sisa pepejal menjana pelaburan tertinggi sebanyak RM1.75 bilion (57 peratus), diikuti oleh RM814 juta (26 peratus) kepentingan dalam RE untuk hidro mini.

Bertemakan “Energizing Sustainability”, IGEM 2020 telah menghasilkan lebih dua kali ganda daripada sasaran potensi menjana perniagaan sebanyak RM1.6 bilion dengan kepentingan pelaburan bernilai RM3.4 bilion.

Potensi perniagaan itu dikira daripada potensi pelaburan sebanyak RM3.08 bilion menerusi 64 projek dicatatkan MIDA dalan potensi eksport sebanyak RM399 juta oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Program Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) MATRADE.

Platform secara maya IGEM 2020 yang menampilkan 161 pempamer, mendaftarkan lebih daripada 15,000 pengunjung dari 79 negara dan mencatatkan sehingga 10,000 peserta yang terlibat dalam 55 sesi persidangan serta 77 sesi perbincangan sepanjang acara itu dari 19 hingga 23 Oktober, 2020.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir dalam taklimat itu berkata ia adalah pencapaian terbaik apabila IGEM 2020 melepasi sasarannya walaupun ia diadakan untuk pertama kalinya dan dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global.

“Ini akan memperkukuhkan komitmen kementerian untuk memperluaskan usaha dan pertumbuhan sektor teknologi hijau sebagai pemacu penting dalam membangunkan ekonomi Malaysia.

“Ketika kita dalam fasa pemulihan, saya menggesa para usahawan teknologi hijau dan pemimpin industri utama untuk meneroka bagaimana kita dapat bekerjasama dan membangunkan kerjasama untuk ekonomi yang lebih hijau dan lestari pada tahun 2021,” tambahnya.

Berdasarkan kejayaan IGEM 2020 yang diadakan secara maya, Menteri Alam Sekitar dan Air mengumumkan bahawa IGEM 2021 akan menggunakan platform maya sekali lagi dan menawarkan penaja, pempamer, peserta dan pihak berkepentingan – fleksibiliti, dan peluang semua pihak berkepentingan untuk bekerja dengan kementerian dalam menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi hijau nasional, serantau dan global.

IGEM 2021 akan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai, 2021, ia akan mewujudkan lebih banyak nilai dan peluang kepada pempamer dan pengunjungnya. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.igem.my.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X