MIDA komited persiap syarikat tempatan capai pasaran global - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MIDA komited persiap syarikat tempatan capai pasaran global

MIDA komited persiap syarikat tempatan capai pasaran global

18 Mei 2023

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk mempersiapkan syarikat tempatan bagi mencapai pasaran global.

Mengambil contoh pelaburan Tesla di Malaysia, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA bagi pembangunan pelaburan, Lim Bee Vian berkata agensi itu akan membawa syarikat Malaysia ke pasaran antarabangsa yang lebih meluas.

“Kami menyebarkan maklumat tentang peluang pelaburan di negara yang disasarkan untuk internalisasi dan kemudian kami juga menggalakkan pelaburan rentas sempadan.

“Kami ada 21 pusat luar negara di seluruh dunia. Pusat ini bukan sahaja membantu kami membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) tetapi juga membantu mengumpul maklumat mengenai tetapan dasar tertentu dan tawaran insentif di negara yang kami mempunyai kehadiran.

“Pada masa yang sama, ia juga memudahkan pelaburan rentas sempadan.

“Jika anda berhasrat untuk melabur di luar negara, anda boleh manfaatkan pusat-pusat kami di seluruh dunia,” katanya dalam sesi menarik pelabur pada Forum Ekonomi Nasional 2023, hari ini.

Lim berkata menarik FDI sangat penting bagi Malaysia kerana ia melibatkan bukan hanya modal tetapi juga teknologi canggih, pindahan pengetahuan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta prospek bagi perniagaan tempatan.

“Pelaburan ini menggalakkan pempelbagaian ekonomi, memudahkan penaikan taraf industri dan meningkatkan kelebihan persaingan kita di persada global.

“Pembangunan sektor teknologi tinggi penting bagi mengekalkan momentum ekonomi kita dan terus kekal kompetitif dalam pelaburan perindustrian global yang baharu dan mampan”, katanya.

Bagi memastikan pelaburan asing yang berkualiti dan berimpak tinggi, Lim berkata, Malaysia melaksanakan pendekatan pelaburan bersasar dan berpilih dan tidak lagi menerima pelabur yang melibatkan operasi pemasangan kurang berkualiti atau projek berintensifkan buruh memandangkan ia hanya memberi nilai kecil kepada Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon