B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Mercedes-Benz pilih Malaysia jadi pusat logistik serantau

Mercedes-Benz pilih Malaysia jadi pusat logistik serantau

22 Okt 2021

Mercedes-Benz AG memuktamadkan rancangannya menjadikan Malaysia sebagai Pusat Logistik Komponen bagi pasaran Asia Pasifik.

Kemudahan baharu milik pengeluar kereta premium dari Jerman itu dijangka mempunyai kapasiti penyimpanan satu juta kaki persegi dan dilengkapi aspek penyimpanan serta sistem pengendalian bahan termaju bagi menawarkan rangkaian rantaian bekalan serantau lebih baik.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan Mercedes-Benz AG memilih Malaysia sebagai pusat logistik komponen serantau bukan sahaja memberi isyarat usaha pertumbuhan berterusan syarikat, malah ia membuktikan keyakinannya terhadap ekosistem negara.

“Pemilihan Malaysia menunjukkan Mercedes-Benz AG yakin terhadap ekosistem kita dan keupayaan negara dalam menyokong pertumbuhan jangka panjang syarikat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, kemampuan bakat berkemahiran tinggi terutama jurutera dan juruteknik tempatan serta Malaysia sebagai pusat rantaian global dan pusat pengedaran penting di rantau ini.

“Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan akan terus meningkatkan aspek memudahkan untuk menjalankan perniagaan, logistik dan rangkaian pelabuhan serta mempromosikan kerjasama strategik dan hubungan industri bagi meningkatkan daya saing Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mercedes-Benz AG dalam satu kenyataan berasingan berkata jenama kereta premium sudah memeterai perjanjian pajakan lokasi jangka panjang di Senai Airport City, Johor Bahru, yang mana berdasarkan perancangan operasinya akan bermula pada 2024.

“Mercedes-Benz turut memutuskan untuk melantik Tiong Nam Logistics Solutions Sdn Bhd bagi tujuan pembinaan bangunan baharu,” katanya.

Naib Presiden Perkhidmatan Global dan Operasi Komponen Mercedes-Benz AG, Thomas Schulz, berkata menerusi Pusat Logistik Perkhidmatan Selepas Jualan itu, syarikat terbabit komited dan akan terus memperuntukkan pelaburan bagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia.

“Kami mendapat kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kementerian berkaitan. Ia adalah sokongan yang hebat.

“Terletak di lokasi strategik di Johor Bahru, pusat ini dijangka akan mengukuhkan kembali kedudukan kami sebagai hab pengedaran serantau dan global, selain mewujudkan pekerjaan baharu di rantau ini,” katanya.

Pusat pengedaran baharu milik Mercedes-Benz AG itu akan menjadi sebahagian daripada jaringan rangkaian bekalan perkhidmatan selepas jualan prisnsipalnya, Daimler AG dan akan bertindak sebagai pusat pengedaran alat ganti di rantau ini dan negara lain.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon