B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Melaka terima pelaburan RM1 bln bagi industri kereta elektrik

Melaka terima pelaburan RM1 bln bagi industri kereta elektrik

04 Jan 2022

Melaka bakal menerima pelaburan bernilai RM1 bilion membabitkan industri automotif termasuk pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta elektrik pertama di negara ini di kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang, Jasin.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pelaburan itu melibatkan syarikat bumiputera tempatan, Fieldman EV Sdn Bhd (FEV) yang juga anak syarikat Fieldman Sdn Bhd dan pembinaan kilang di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu dijangka bermula dalam masa dua tahun.

Beliau berkata usaha itu akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan baharu serta mewujudkan industri hiliran untuk industri automatif tempatan selain pemindahan teknologi kereta elektrik yang mampu meningkatkan lagi ekonomi Melaka.

“FEV mendapat hak eksklusif dari syarikat automotif China, Changan Automobile Corporation (Changan) yang melibatkan pengedaran kereta elektrik bagi pemanduan sebelah kanan di Malaysia dan pasaran rantau Asia Tenggara.

“Syarikat FEV juga berhasrat untuk melancarkan kereta elektrik serta berminat membina kilang pemasangan di Melaka bersama syarikat-syarikat tempatan dengan bantuan teknologi syarikat Changan.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat ini yang bakal memberi manfaat jangka panjang dengan memantapkan lagi perkembangan industri automatif di Melaka,“ katanya kepada pemberita di Seri Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyerahan kereta dan beca elektrik daripada FEV kepada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, Razmi Shah Othman.

Fieldman Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang diasaskan pada April 2010 dan turut terbabit dalam aktiviti perniagaan seperti minyak sawit, pembuatan plastik dan urus niaga komoditi.

Ia menubuhkan FEV pada April 2018 dalam usaha mengembangkan aktiviti perniagaan selain memastikan syarikat itu kekal mampan.

FEV telah merangka pelan jangka panjang selama tujuh tahun bermula 2018 berkaitan usaha-usaha perkembangan teknologi dan pemasangan kereta elektrik di Melaka.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon