B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia-UK naik taraf Jawatankuasa Bersama Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan kepada peringkat menteri

Malaysia-UK naik taraf Jawatankuasa Bersama Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan kepada peringkat menteri

04 Nov 2022

Malaysia dan United Kingdom (UK) telah mengadakan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan yang kedua di London.

Mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan telah dianjurkan secara maya oleh Malaysia pada tahun 2020.

Pesuruhjaya Perdagangan bagi Asia Pasifik, Natalie Black CBE, mempengerusikannya bersama-sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Hairil Yahri Yaacob.

Bagi mengiktiraf kepentingan hubungan perdagangan, mesyuarat itu turut memformalkan hasrat untuk menaik taraf Jawatankuasa Bersama kepada Jawatankuasa Perdagangan Ekonomi Bersama (JETCO) yang diketuai pada peringkat menteri, kata MITI berkata dalam satu kenyataan.

JETCO baharu tersebut akan membantu mempromosikan dan meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, termasuk menangani halangan perdagangan yang menjejaskan perniagaan antara kedua-dua negara.

Mesyuarat pertama JETCO UK-Malaysia dijangka diadakan pada musim luruh tahun depan.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama itu, UK mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

UK turut mengemaskini status penyertaan mereka dan Malaysia membentangkan manfaat CPTPP apabila ia mula berkuat kuasa untuk Malaysia pada 29 Nov 2022.

CPTPP akan meningkatkan potensi perdagangan selanjutnya antara UK dan Malaysia, menyumbang kepada kemakmuran bersama kedua-dua negara melalui penciptaan peluang baharu untuk perniagaan dan pelabur.

Mesyuarat itu juga menghimpunkan enam ketua bersama kumpulan kerja untuk melaporkan kemajuan kerjasama dua hala mereka dalam bidang keutamaan yang dipersetujui.

Selain itu, terdapat pembentangan dari UK mengenai latihan guru serta  inisiatif minyak sawit lestari Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon