B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia tunjuk tanda pemulihan ekonomi menggalakkan

Malaysia tunjuk tanda pemulihan ekonomi menggalakkan

31 Mac 2021

Malaysia mula menunjukkan beberapa tanda pemulihan ekonomi yang menggalakkan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, tanda pertama ialah pengekangan yang berkesan bagi gelombang ketiga kes COVID-19 di negara ini, dengan purata kes harian sekitar 1,000 sejak seminggu lalu, berbanding lebih 5,000 kes setiap hari pada akhir bulan Januari.

Beliau berkata, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang tersusun dan sistematik, menyaksikan Fasa 1 untuk barisan hadapan selesai lebih awal dan melebihi sasaran, dengan Fasa 2 pula akan bermula pada 19 April.

“Tanda-tanda memberangsangkan di dalam pasaran buruh yang tentunya akan menyokong pemulihan tahap pendapatan dan penggunaan swasta.

“Tinjauan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang diumumkan pada awal bulan Mac menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak pekerjaan di sektor pembuatan baru-baru ini, seperti yang dizahirkan menerusi indeks pekerjaan yang meningkat daripada 82 pada separuh pertama 2020 kepada 95 pada separuh kedua 2020.

“Dari segi pengambilan pekerja, 15 peratus majikan meningkatkan jumlah pekerja mereka pada akhir 2020, berbanding enam peratus pada separuh pertama tahun 2020, yang mencerminkan peningkatan sentimen perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan sempena Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2020.

Tengku Zafrul berkata, tanda seterusnya adalah peningkatan kadar penempatan pekerja berdasarkan data Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Pada bulan Mac 2021, bagi setiap 100 orang yang kehilangan

pekerjaan, 36 orang berjaya mendapat pekerjaan baharu, berbanding dengan suku kedua 2020 (selepas pelaksanaan PKP 1.0), di mana hanya sembilan yang berjaya mencari pekerjaan baharu.

“Kerajaan yakin bahawa keadaan akan bertambah baik di dalam

beberapa bulan yang akan datang,” katanya.

Beliau menambah, satu lagi tanda pemulihan ekonomi Malaysia adalah jumlah eksport meningkat 17.6 peratus kepada RM87.6 bilion dan jumlah import pula meningkat sebanyak 12.7 peratus kepada RM69.7 bilion, menjadikan lebihan dagangan

meningkat 41.6 patuser kepada RM17.9 bilion pada Februari 2021.

BNM menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada kadar 6.0 peratus hingga 7.5 peratus bagi 2021 berikutan permintaan luaran yang lebih kukuh dan peningkatan aktiviti domestik.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon