B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


DHL unjur pertumbuhan kukuh bagi e-dagang B2B

DHL unjur pertumbuhan kukuh bagi e-dagang B2B

30 Mac 2021

Penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa terkemuka  dunia, DHL Express mengunjurkan pasaran dagang elektronik perniagaan kepada perniagaan (e-dagang B2B) akan berkembang lebih 70 peratus kepada US$20.9 trilion menjelang 2027.

Dalam Kertas Putih mengenai e-dagang B2B, DHL turut mengunjurkan bahawa 80 peratus daripada semua interaksi jualan B2B antara pembekal dan pembeli profesional akan dibuat dalam saluran digital menjelang 2025.

“Impak daripada pandemik COVID-19 ke atas kadar pendigitalan dan tata laku pembelian golongan milenial yang celik teknologi, yang kini pada era untuk menjadi pembuat keputusan B2B profesional, adalah pemacu utama kepada pertumbuhan e-dagang global ini,” katanya.

Jumlah e-dagang perniagaan kepada pengguna (B2C) dalam rangkaian DHL Express meningkat pada 2020 kira-kira 40 peratus, berbanding 2019.

Perkembangan positif menyaksikan syarikat mengakhiri tahun kewangan 2020 dengan keputusan yang baik dalam tempoh lebih 50 tahun, dengan jumlah perolehan sebanyak 19.1 bilion euro (RM93.09 bilion), naik 11.9 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express John Pearson berkata walaupun semasa sekatan pergerakan di seluruh dunia, globalisasi telah menunjukkan daya tahannya, didorong oleh pendigitalan dan kekuatan perdagangan global.

“Trend ini telah membawa kepada jumlah pengguna yang semakin meningkat untuk menukar aktiviti membeli-belah mereka dalam talian,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon