B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia-Sepanyol meterai MoU kerjasama teknologi

Malaysia-Sepanyol meterai MoU kerjasama teknologi

01 Mac 2023

MALAYSIA mengalu-alukan pelaburan daripada pemain industri berkaitan teknologi yang menyertai Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023, terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Datuk Seri Chang Lih Kang berkata, Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang mahu mengembangkan bahagian pasarannya dalam ekonomi digital, yang seterusnya akan diterjemahkan kepada peningkatan dalam peluang perdagangan dan perniagaan.

Sehubungan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijadual menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Sepanyol dalam bidang STI pada 2 Mac 2023.

MoU itu dijangka meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara, khususnya kementerian sains dan teknologi mereka dalam industri STI.

Sementara itu, Chang menekankan bahawa penyertaan MOSTI dalam MWC 2023 telah membuka peluang bagi penerokaan peraturan kecerdasan buatan (AI) dan kaedah untuk pelaksanaan etika AI, yang merujuk kepada beberapa pertimbangan yang berkaitan keselamatan, kebimbangan manusia dan isu alam sekitar.

“Kami juga mengadakan perbincangan yang sangat bermanfaat dalam memahami teknologi baru muncul dalam telekomunikasi seperti pecutan transformasi digital selain, rangka kerja peraturan AI,” katanya.

MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan Malaysia 2021-2025 yang bertujuan mewujudkan ekosistem inovasi AI kendiri yang berpandukan kepada tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, pada masa ini, tiada rangka kerja dan garis panduan minimum mengenai pelaksanaan prinsip AI yang bertanggungjawab di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Chang berkata, MOSTI sentiasa mencari jalan bagi memastikan ekosistem kawal selia secara keseluruhannya berkesan dan koheren dalam menghadapi cabaran baharu.

“Malaysia berada di hadapan keluk pada ketika ini, hasil daripada nasihat pakar serta kerjasama dengan agensi tempatan dan syarikat teknologi.

“Huawei Technologies adalah salah satu syarikat yang berada di barisan hadapan dalam usaha ini dalam menyampaikan visi yang akan membantu kami mewujudkan Malaysia yang didigitalkan.

“Kerjasama Huawei dengan agensi di bawah MOSTI, Technology Park Malaysia Corp dalam membangunkan platform e-Perkhidmatan Malaysian Research Accelerator for Technology Innovation (MRANTI) untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi, meningkatkan inovasi tempatan dan membangunkan teknologi, sewajarnya dipuji,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon