B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia pasaran utama untuk pengembangan pasaran bagi firma Timur Tengah – Standard Chartered

Malaysia pasaran utama untuk pengembangan pasaran bagi firma Timur Tengah – Standard Chartered

12 Apr 2022

Standard Chartered berkata Malaysia telah dinamakan sebagai negara bagi pengembangan pasaran untuk untuk syarikat dari Timur Tengah yang menumpukan perhatian kepada ASEAN.

Bank itu berkata tinjauan terbaharu ‘Borderless Business: Middle East-ASEAN Corridor’ mendapati syarikat-syarikat Timur Tengah positif mengenai pertumbuhan perniagaan di rantau ini dan 78 peratus daripadanya melihat Malaysia sebagai lokasi utama.

Sektor pertumbuhan utama untuk Malaysia dalam senarai laporan pertumbuhan yang menarik kepada syarikat Timur Tengah ialah penapisan dan petrokimia, tenaga boleh diperbaharui, peruncitan dan barangan pengguna.

Malaysia telah menubuhkan zon petrokimia bersepadu yang menawarkan utiliti berpusat, perkhidmatan penyimpanan dan rangkaian pengangkutan yang komprehensif untuk membantu mengurangkan modal dan kos operasi bagi syarikat.

Ia juga telah muncul sebagai hab utama untuk pengeluaran fotovoltaik solar (PV) dan merupakan pasaran utama bagi barangan halal kerana ia berfungsi ke arah membina ekosistem halal yang lebih kukuh antara ASEAN dan Timur Tengah.

Standard Chartered berkata kaji selidik itu mendapati semua syarikat-syarikat dari Timur Tengah menjangkakan pertumbuhan perniagaan dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan lebih 80 peratus daripada mereka mengunjurkan peningkatan tahunan dalam hasil (82 peratus) dan pengeluaran (81 peratus), kenaikan lebih 10 peratus.

Sentimen yang sama dikongsi dalam satu lagi tinjauan yang dijalankan dalam kaji selidik ‘Borderless Business: India-ASEAN Corridor’ di mana Malaysia terikat dengan Singapura sebagai tiga destinasi paling digemari dalam kalangan syarikat India yang melihat perkembangan di ASEAN.

Sektor pertumbuhan utama dalam senarai  laporan pertumbuhan yang menarik syarikat India ke Malaysia ialah pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV),  syarikat teknologi yang berpangkalan di India telah memasuki Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif MyDIGITAL nasional dan respons Malaysia terhadap pandemik itu termasuk langkah untuk meningkatkan pembayaran digital dan e-dagang.

Malaysia juga telah muncul sebagai destinasi utama untuk pembuatan sistem PV dalam kalangan syarikat India.

Ketika kerajaan ASEAN mula menawarkan insentif dan membina infrastruktur sokongan untuk memudahkan pertumbuhan seperti insentif cukai dilaksanakan Malaysia kepada pembeli EV di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), syarikat India telah menyatakan rancangan untuk mengembangkan operasi mereka di Asia Tenggara untuk beberapa tahun akan datang.

Semua responden menjangkakan perniagaan mereka akan meningkatkan pengeluaran di ASEAN manakala lebih 90 peratus daripada mereka mengunjurkan pertumbuhan hasil (93 peratus) dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Standard Chartered berkata Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) juga dijangka menarik lebih banyak pelaburan ke 10 negara ASEAN.

Semua responden dari Timur Tengah bersetuju bahawa pengesahan perjanjian RCEP akan membawa kepada lebih banyak pelaburan daripada syarikat mereka manakala kira-kira 63 peratus responden India menunjukkan bahawa syarikat mereka akan meningkatkan pelaburan di ASEAN dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon