B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia mampu jadi Harimau Digital Asia

Malaysia mampu jadi Harimau Digital Asia

08 Mac 2023

Malaysia berpotensi menjadi Harimau Digital di Asia menuju ke depan dengan memiliki infrastruktur komunikasi dan digital yang mantap serta pengukuhan dalam keselamatan siber di samping rakyat yang celik digital.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata dengan kemantapan infrastruktur komunikasi dan digital serta keselamatan siber pada tahap tinggi akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan sesuai di rantau ini.

Beliau berkata, keputusan Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia adalah satu petanda awal keyakinan pelabur terhadap pentadbiran dan kestabilan politik di negara ini.

Katanya, dengan kemasukan pelaburan itu, ia akan memberi limpahan positif kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan sekali gus boleh mendorong Malaysia menjadi Harimau Digital di Asia.

“Kita lihat sekarang ini banyak syarikat memilih Malaysia untuk menubuhkan pusat pemprosesan data seperti di Johor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Pulau Pinang. Trend ini meningkat.

“Cabaran bagi kita ialah untuk memastikan beberapa perkara asas dilaksanakan segera. Kita ingin pastikan celik digital iaitu tahap pemahaman rakyat meningkat pada kadar yang pantas.

“Kita juga mahu mengurangkan insiden penipuan, kecurian atau ketirisan data dan pencerobohan laman web,” katanya ketika ditemui di Invest Malaysia 2023 anjuran Bursa Malaysia dan Maybank, hari ini.

Mengenai perkembangan terkini liputan rangkaian 5G, Fahmi berkata, sasaran meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk dan tawaran harga berpatutan kepada rakyat menjelang akhir 2023 boleh dicapai.

Malah, beliau menaruh keyakinan dengan kerjasama jitu semua pihak, sasaran itu mungkin dicapai lebih awal.

“Setakat hujung Januari (lalu), berdasarkan maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kita sudah capai lebih 50 peratus. Ini satu perkembangan yang positif,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon