B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia mahu pertingkat hubungan dua hala dengan Singapura

Malaysia mahu pertingkat hubungan dua hala dengan Singapura

25 Nov 2022

Malaysia akan bekerjasama dengan Singapura untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian dalam ciapan di Twitter hari ini, membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Thank you PM @leehsienloong for the telephone call and warm wishes. As close neighbours and partners in ASEAN, Malaysia and Singapore also share many commonalities, intertwined history and very close and active people-to-people connections (Terima kasih PM @leehsienloong atas panggilan telefon dan ucapan selamat maju jaya. Sebagai jiran rapat dan rakan kongsi ASEAN, Malaysia dan Singapura turut berkongsi banyak persamaan, sejarah yang saling berkaitan dan hubungan rakyat yang rapat dan aktif).

“I look forward to meeting you at the earliest opportunity and working together to further elevate Malaysia-Singapore bilateral relations (Saya berharap dapat bertemu dengan anda secepat mungkin dan bekerjasama untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura),” katanya.

Terdahulu, Hsien Loong dalam ciapannya, mengucapkan tahniah kepada Anwar dan menyatakan minatnya untuk bekerjasama dengan Anwar serta kerajaan baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

“Congratulated Dato’ Seri @anwaribrahim on being sworn in as Malaysia’s 10th Prime Minister and invited him (Anwar) to visit Singapore soon. Look forward to working with PM Anwar and the new government to further strengthen our bilateral relationship (Tahniah Dato’ Seri @anwaribrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan menjemput beliau (Anwar) untuk melawat Singapura tidak lama lagi. Teruja untuk bekerjasama dengan PM Anwar dan kerajaan baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kita,” katanya.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, di sini, semalam. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon