B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia dalam kedudukan terbaik raih pertumbuhan teknologi pada 2023 – Juwai IQI

Malaysia dalam kedudukan terbaik raih pertumbuhan teknologi pada 2023 – Juwai IQI

08 Feb 2023

Pemimpin perniagaan tempatan percaya Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik pada 2023, terutama dalam sektor digital dan teknologi yang berkembang pesat, kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari.

Menurutnya, pelaburan global dalam teknologi dijangka meningkat 5.1% pada 2023, menurut ramalan Gartner, dan ia akan menyaksikan peningkatan yang sama di Malaysia.

Katanya, peningkatan pelaburan di negara ini akan terus meningkat walaupun di kala inflasi kerana ia turut melonjakkan produktiviti.

Ansari juga melihat kesan positif unjuran pertumbuhan pelaburan teknologi terhadap hartanah dan menjangkakan permintaan baharu dalam sektor pembuatan, logistik dan hartanah komersial alternatif apabila pengguna sedia ada berkembang dan pengguna baharu memasuki pasaran.

“Dalam jangka panjang, sektor teknologi kolar putih yang berkembang maju akan cenderung untuk memacu permintaan dan harga hartanah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

“Walaupun terdapat peningkatan untuk kerja yang dilakukan dari jauh, pekerja ini lebih suka berada di bandar, di mana mereka lebih dekat dengan perkhidmatan, hiburan, peluang pekerjaan dan komuniti pekerja lain seperti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, Malaysia mempunyai kelebihan persekitaran perniagaan yang baik, di mana sebahagiannya ditubuhkan oleh inisiatif kerajaan dalam pendidikan, insentif cukai dan pelaburan sokongan.

“Pada 2021, ekonomi digital menyumbang kira-kira 23% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Menjelang 2025, satu daripada setiap empat ringgit yang diperoleh akan berada dalam ekonomi digital,” jelasnya.

Sementara itu, Ansari berkata, lapan daripada sepuluh pekerjaan baharu yang sedang berkembang pesat di dalam negara memerlukan kemahiran teknologi digital, termasuk bidang seperti analisis data, sains data, internet segala-galanya (IoT), transformasi digital dan keselamatan siber.

Kira-kira 8% pekerjaan pada hari ini adalah dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi, menurut Jabatan Perangkaan dan menjelang 2025 terdapat sekurang-kurangnya 500,000 pekerjaan berkaitan ekonomi digital baharu di Malaysia.

“Malaysia berada di kedudukan baik di belakang Singapura, contohnya, dalam kemahiran digital tetapi kami fikir terlalu ramai orang mengambil mudah kelebihan Malaysia dan gagal untuk menghargai kedudukan negara yang bagus pada tahun ini,” katanya.

Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik memandangkan harga dan rantaian bekalan yang tidak terjangka berlaku satu demi satu pada tahun lalu.

Selain itu, kadar faedah yang lebih tinggi akan menyebabkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana pada tahun ini.

“Faktor positif yang menyokong ekonomi termasuk permintaan domestik, pendapatan boleh guna isi
rumah, pekerjaan yang lebih tinggi dan pemulihan dalam lawatan pelancongan,” tambahnya.

Sumber: DagangNews

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon