B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, China manfaatkan RCEP

Malaysia, China manfaatkan RCEP

15 Mac 2022

Malaysia dan China berhasrat memanfaatkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk meningkatkan aktiviti perdagangan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Malaysia menggalakkan syarikat China menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk ke ASEAN, manakala syarikat Malaysia boleh menggunakan Guangxi untuk berkembang ke pasaran China.

Lim juga berkata, Malaysia bercadang meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Taman Perindustrian Kuantan Malaysia China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) melalui kerjasama industri dan mereplikakan pencapaian model kerjasama ‘Two Countries, Twin Parks’ itu.

“Malaysia dan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang merancang menaik taraf kerjasama taman-taman perindustrian itu dengan memperluaskan model seumpama itu ke pelbagai taman perindustrian lain di Malaysia,” katanya selepas menjadi hos dalam pertemuan secara maya dengan Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Cai Lixin hari ini.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 CMQIP, Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama Forum Pelaburan Maya Guangxi Malaysia-China 2022 dengan kerjasama wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang akan diadakan secara tentatifnya pada April 2022.

Selain menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti ke Malaysia, Lim turut menggesa, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari Malaysia untuk meneroka CMQIP dan peluang pembangunan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan fasa dua dan tiga MCKIP berjalan lancar, dengan fasa tiga dijangka disepadukan dengan Pelabuhan Kuantan dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sekali gus mentransformasikan kawasan itu menjadi bandar Pelabuhan Kuantan yang rancak.

Sepanjang dekad yang lalu, MCKIP merekodkan pelaburan terkumpul bernilai RM30.1 bilion untuk 19 projek, mewujudkan lebih 17,000 peluang pekerjaan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X