B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia bakal terima pelaburan syarikat asing pengeluar kereta mewah

Malaysia bakal terima pelaburan syarikat asing pengeluar kereta mewah

26 Mac 2021

Malaysia sekali lagi menjadi destinasi tumpuan pelaburan berteknologi tinggi apabila bakal menerima pelaburan daripada sebuah syarikat asing untuk pengeluaran kereta mewah tidak lama lagi.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengumumkan nama syarikat itu walaupun ia telah bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara iaitu Malaysia.

“Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia,” katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

“Ada dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mereka mampu menarik pelaburan yang berbentuk intensif buruh tetapi Malaysia tidak boleh berbuat begitu.

“Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon