B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi hari ini

Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi hari ini

17 Jun 2021

Hasrat penduduk Mukah untuk melihat kemajuan berterusan di bandar nelayan itu bakal tertunai apabila lapangan terbang baharu yang dibina pada 2017 akan mula beroperasi secara rasmi hari ini.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, pendaratan pertama akan menyaksikan pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada 9.10 pagi dan penerbangan pertama MH3412 ke Kuching pada 9.30 pagi.

“Projek pembinaan lapangan terbang tersebut di lokasi baharu tujuh kilometer dari pusat bandar Mukah dimulakan sejak 11 Ogos 2017 menggantikan STOLport Mukah dengan kapasiti baharu, iaitu 265,000 penumpang setahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, lapangan terbang itu antara lain dilengkapi bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, sistem pemantauan angin dan jarak penglihatan landasan, sistem navigasi radio dan sistem pencahayaan pendekatan sederhana.

“Lapangan terbang baharu Mukah direka bentuk untuk memberikan keselesaan dan menepati kehendak penduduk yang menggunakan perkhidmatan udara luar bandar yang menjadi nadi kepada pergerakan penumpang dan barangan di kawasan terbabit,” katanya.

Wee berkata, lapangan terbang baharu itu akan menyokong pembangunan di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dengan memudahkan pergerakan sektor perdagangan dan eksport produk tempatan di daerah Mukah.

“Pembangunan lapangan terbang baharu Mukah juga akan menyokong pembangunan daerah itu sebagai hab pendidikan, pusat penyelidikan serta aktiviti di Taman Perindustrian Matadeng,” katanya.

Beliau berkata, operasi lapangan terbang ini juga diharap dapat memudahkan lagi akses pembekalan vaksin Covid-19 ke kawasan pedalaman seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon