Kolaborasi Jadi Kunci Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Inklusif - Liew Chin Tong - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kolaborasi Jadi Kunci Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Inklusif – Liew Chin Tong

Kolaborasi Jadi Kunci Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Inklusif – Liew Chin Tong

09 Jun 2023

Kolaborasi adalah kunci untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dalam usaha memupuk ekosistem perdagangan digital yang kukuh bagi Malaysia, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. 

Sebagai contoh, kejayaan Platform Perdagangan Digital (MDTP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Fusionex Group adalah bukti sokongan padu kerajaan terhadap inisiatif perkongsian awam-swasta (PPP). 

Beliau menjelaskan lagi, komitmen tidak berbelah bahagi antara MATRADE dan Fusionex untuk membentuk pakatan strategik ini akan membawa perdagangan Malaysia ke tahap baharu.

Oleh itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa MDTP akan dapat mengubah wira tempatan menjadi juara global dengan memberi mereka dorongan serta bimbingan yang diperlukan ketika mereka memasuki pasaran antarabangsa. 

“Kemasukan MDTP dalam ekosistem eksport kita sememangnya akan menambah nilai kepada syarikat tempatan dalam memasarkan produk mereka dan pembeli antarabangsa yang berminat dengan penawaran buatan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran rasmi MDTP di sini hari ini. 

Pelaburan, inovasi dan sumbangan disruptif Fusionex telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap perniagaan, hasil daripada teknologi terkemuka dan tenaga kerja pakar mereka.

“Pencapaian luar biasa mereka dalam membangunkan platform canggih dalam tempoh yang singkat untuk menyokong cita-cita eksport kami selayaknya mendapat pengiktirafan,” katanya. 

Beliau berkata MATRADE pula sentiasa bertindak sebagai pemangkin dalam memperkasakan syarikat tempatan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui inisiatif turun padang selain membantu mereka melakar sempadan baharu dalam pasaran antarabangsa. 

“Di MDTP, terdapat pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan digital yang komprehensif yang membolehkan perniagaan Malaysia mengatasi kerumitan perdagangan antarabangsa.

“Dengan mengekalkan nadi perubahan keperluan perdagangan, MDTP membolehkan perusahaan Malaysia beroperasi dengan kecekapan yang tiada tandingan, sekali gus menyumbang kepada kejayaan mereka di pasaran global,” katanya.  D

Diperkenalkan pada Julai 2022 dengan kerjasama peneraju pasaran teknologi data Fusionex Group, MDTP merupakan platform perdagangan kecerdasan buatan (AI) yang bertujuan memaksimumkan potensi eksport Malaysia serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon