B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan seru kerjasama swasta diteruskan dalam menangani cabaran ekonomi

Kerajaan seru kerjasama swasta diteruskan dalam menangani cabaran ekonomi

08 Jun 2022

Kerjasama swasta dengan kerajaan perlu diteruskan dalam menangani cabaran baharu ekonomi termasuk yang datang daripada pelbagai perkembangan di seluruh dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pendekatan secara ‘satu negara’ diperlukan agar Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang akhir 2025 walaupun ketika dunia menghadapi cabaran dalam bentuk ketidaktentuan geopolitik serta kesan pemanasan global.

“’Ini menyebabkan keadaan cuaca yang ekstrem serta tidak menentu yang mengakibatkan harga komoditi melambung selain menyebabkan gangguan rantaian bekalan.

“Saya menggesa sektor swasta untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi kepada rakyat dan negara yang dikasihi,” katanya pada majlis makan malam Dewan Perniagaan dan Industri Cina di Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) hari ini.

Mustapa berkata kerajaan mampu bertindak balas terhadap cabaran yang datang tetapi bersama -sama dengan sektor swasta, negara akan dapat menangani cabaran masa depan secara proaktif dan lebih awal.

Sementara itu, KLSCCCI hari ini melancarkan penerbitan keduanya, “Outstanding Entrepreneurs 2.0 – A Heritage of Wisdom”, yang menampilkan pengalaman dan kisah kejayaan 21 usahawan di negara ini.

Presiden KLSCCCI Datuk Ng Yih Pyng berkata buku itu mengiktiraf pencapaian luar biasa usahawan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon