B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan komited bangunkan malaysia secara adil, saksama dan inklusif

Kerajaan komited bangunkan malaysia secara adil, saksama dan inklusif

12 Mac 2022

Kerajaan kekal komited menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata iltizam itu akan diteruskan bagi meningkatkan keterangkuman dalam usaha untuk menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi setempat dan meningkatkan kemakmuran negara seperti yang digariskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang tepat dengan laporan Bank Negara terkini menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 3.1 peratus pada tahun 2021.

“Bank Dunia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia untuk berkembang sebanyak 5.8 peratus tahun ini, selain nilai pelaburan diluluskan bagi tahun 2021 mencecah RM306.5 bilion, iaitu nilai pelaburan diluluskan yang tertinggi pernah direkodkan bagi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama,” katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Rohm-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Azmin berkata pelaburan berjumlah RM910 juta oleh syarikat ROHM-Wako Electronics di negeri Kelantan itu adalah sebahagian usaha menyokong agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau negara.

“Ini adalah kerana kilang pembuatan yang dijangka siap pada bulan Ogos tahun 2023 kelak, akan diiktiraf sebagai fasiliti pengeluaran mesra alam yang dijana oleh teknologi penjimatan tenaga hijau.

“Selain itu, kilang ini juga mengeluarkan Transistor Garis Lebar dan Pemacu Litar Bersepadu sebagai produk komponen kenderaan elektrik yang akan menyokong usaha kerajaan dalam merancakkan pembangunan mobiliti karbon rendah negara,” katanya.

Beliau berkata pelaburan itu juga akan memberi impak positif terhadap landskap ekonomi negeri untuk jangka masa panjang sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan strategik global dengan menjana pelaburan berimpak tinggi. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X