B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Jumlah pelaburan terkumpul STeP RM12.5 bilion

Jumlah pelaburan terkumpul STeP RM12.5 bilion

20 Jul 2022

Jumlah pelaburan terkumpul bagi hab perindustrian berteknologi tinggi, Sedenak Tech Park (STeP) di Kulai untuk fasa pertama telah mencecah RM12.5 bilion setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata Johor menyasarkan kira-kira 7,800 peluang pekerjaan diwujudkan di fasa pertama STeP yang terletak di kawasan seluas 745 ekar itu.

“Kami akan terus mempromosikan kawasan ini sebagai hab pusat data negeri sepertimana yang disasarkan dalam Pelan Mampan Pembangunan Johor 2030 dan sebagai salah satu strategi untuk merealisasikan agenda Digital Johor.

“Ini kerana pembangunan pusat data adalah antara komponen utama yang bakal memberikan dorongan bukan sahaja kepada pendigitalan ekosistem tetapi juga membolehkan pemenuhan aspirasi Johor sebagai hab inovasi digital di rantau ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

TPM Technopark Sdn Bhd yang merupakan sebuah anak syarikat Johor Corporation sedang dalam perancangan untuk membangunkan fasa kedua STeP.

Menerusi hantaran itu, Lee telah menghadiri program lawatan ke STeP anjuran TPM Technopark yang mennempatkan sebanyak lapan syarikat operasi pusat data bertaraf antarabangsa dari Amerika Syarikat, China dan Singapura.

Katanya, program itu bertujuan memperkenalkan STeP, termasuk fasiliti sedia ada serta pembangunan akan datang sebagai salah satu strategi bagi menarik pelaburan ke Johor. 

STeP sebelum ini dikenali sebagai Kulai Iskandar Data Exchange (Kidex).

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon