B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Jumlah pelaburan langsung ke luar negara meningkat kepada RM602.1 bilion pada 2022 – MITI

Jumlah pelaburan langsung ke luar negara meningkat kepada RM602.1 bilion pada 2022 – MITI

01 Mac 2023

Jumlah pelaburan langsung ke luar negara (DIA) syarikat Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM602.1 bilion pada 2022 berbanding RM547.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) yang memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkata DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion)

Bagi tahun 2021, pelaburan langsung ke luar negara mencatatkan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM109.4 bilion diikuti Indonesia (RM51.6 bilion) dan United Kingdom (RM35.2 bilion).

“Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM374.1 bilion dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion diikuti sektor perlombongan sebanyak RM65.2 bilion pada tahun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM76.0 bilion.

“Sektor perkilangan pula mencatatkan sebanyak RM53.7 bilion pada tahun 2021 dan turut meningkat sebanyak 10.8 peratus pada 2022 kepada RM59.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu kedudukan pelaburan negara di luar negeri dan jumlah pelaburan bagi 2021 dan 2022.

Aliran keluar DIA yang meningkat terutamanya dalam aktiviti kewangan, perlombongan, perkilangan, dan pertanian menunjukkan daya saing yang tinggi syarikat Malaysia untuk berkembang dan bersaing serta mengambil bahagian dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global, kata MITI.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon