B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


JLand akan bangunkan Discovery City di Lembah Teknologi Sedenak pada suku ketiga 2023

JLand akan bangunkan Discovery City di Lembah Teknologi Sedenak pada suku ketiga 2023

22 Ogo 2022

Johor Land Bhd (JLand) akan menerajui pembangunan Lembah Teknologi Sedenak melalui fasa perintis seluas 130 hektar yang dikenali sebagai Discovery City di Kulai pada suku ketiga tahun depan.

Pengarah Eksekutif JLand Mohd Yusof Ahmad ketika berucap pada program penjenamaan semula dan logo baharu Jland berkata Lembah Teknologi Sedenak yang berkeluasan 2,916 hektar merupakan pembangunan bersepadu berpacukan teknologi digital serta disokong prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pada majlis berkenaan, JLand selaku cabang hartanah Johor Corporation (JCorp) turut menggariskan pelan pengembangannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim merangkap Pengerusi Jland berkata, Jland telah meningkatkan prestasinya dengan membangunkan projek yang inovatif dan mampan.

“Kita mestilah inovatif. Ia bukan suatu pilihan. Malah, adalah penting untuk kita menjadi pantas dan bersungguh-sunguh dalam memanfaatkan dan mengguna pakai teknologi hartanah dalam operasi kita,” katanya.

Katanya ia bertujuan menjadikan “Jland bertahan dan memastikan JCorp melalui Johor Land berupaya memberi sumbangan selanjutnya terhadap pembangunan ekonomi negeri.”

Projek JLand turut merangkumi Tebing@Bandar Tiram yang berkeluasan 11.2 hektar yang akan mengulangi kejayaan Tebing di Bandar Dato’ Onn di sini.

Syarikat itu turut mempertimbang pelaksanaan inisiatif pemulihan bandar bagi pembangunan Arena Larkin yang berkeluasan 95 hektar, merangkumi sebuah taman pusat dan hartanah komersial menjelang suku kedua 2024 serta pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil/pejabat rumah menjelang suku pertama 2025.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon