B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia

Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia

13 Apr 2021

Tanpa sektor kitar semula, Malaysia tidak akan dapat berkembang menjadi ekonomi yang mampan dan mewujudkan nilai baharu yang memanfaatkan masyarakat dan alam sekitar, kata Persatuan Pengilang Plastik Malaysia dan Persatuan Kitar Semula Plastik Malaysia.

Kedua-dua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama berkata  adalah penting  untuk Malaysia melabur  bagi membangunkan ekonomi pusingan  agar dapat melupuskan sisa buangan dan pencemaran.

Menyulit dan memencilkan industri kitar semula plastik yang sah hanya akan menyebabkan salah tanggapan yang kemudiannya akan menjejaskan perniagaan yang diperakui termasuk merosakkan mata pencarian mereka yang mematuhi undang-undang dan bekerja keras.

Persatuan merasakan  sebarang larangan secara menyeluruh  hanya akan melambatkan dan menghalang pembangunan ekonomi  pusingan serta kelestarian di Malaysia.

Katanya, pengeluar multinational dan domestik Malaysia menghadapi sasaran kemampanan yang agak sukar dalam pasaran eksport, yang mana pengguna dan kerajaan mereka mengutamakan ekonomi pusingan.

Industri kitar semula yang sah mampu menyokong ekonomi Malaysia dengan menyediakan plastik kitar semula sebagai bahan mentah kepada sektor elektrik dan elektronik, automotif, perabot, makanan serta pembinaan.

Selain itu, kedua-dua persatuan menyatakan bahawa Konvensyen Basel yang dipinda, yang berkuatkuasa pada 1 Jan 2021, kini mengawal selia pergerakan sisa plastik merangkumi eksport ke import.

“Plastik Sampah tidak lagi boleh dihantar dari negara pengeksport tanpa persetujuan bertulis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan  sedang menyelaras tindakan mereka untuk mencegah kemasukan sisa plastik di bawah peraturan baharu itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan pihak berkuasa pelabuhan.

JAS juga sentiasa dimaklumkan mengenai import bahan sisa plastik yang bersih dan homogen yang diimport dengan betul oleh pengitar semula yang sah.

”Malah kami telah menerima pengenaan levi RM20 satu tan bagi membantu kos penguatkuasaan  termasuk pemeriksaan pelabuhan kontena. Levi ini adalah tambahan kepada 18 peraturan baharu yang perlu kami patuhi,” tambah mereka.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon