B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Huawei Malaysia lancar program inkubator, pemecut untuk syarikat permulaan teknologi

Huawei Malaysia lancar program inkubator, pemecut untuk syarikat permulaan teknologi

01 Dis 2020

Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd telah membawa program Huawei Spark ke Malaysia — sebuah program yang bertujuan membangunkan dan memacu pertumbuhan syarikat dan membina ekosistem untuk perniagaan di rantau Asia Pasifik (APAC).

Program itu dilancarkan hari ini dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melalui program Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) dan dijana oleh TM ONE — cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awam Telekom Malaysia Bhd (TM) — melalui platform Alpha Edge Cloud.

Pertandingan itu dilancarkan secara dalam talian diikuti dengan perbincangan panel menampilkan pakar-pakar dari Huawei, MDEC dan TM ONE mengenai ekosistem teknologi di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi MDEC Datuk Ng Wan Peng berkata program Huawei Spark adalah program pemecut hibrid untuk menyokong syarikat teknologi di APAC, dengan fokus kepada syarikat yang menggunakan 5G, Kecerdasan Buatan (AI)/Pembelajaran Mesin dan Analisis, Internet of Things (IoT), aplikasi Edge Computing and Software as a Service (SaaS), memanfaatkan kepimpinan teknologi dan inovasi Huawei.

“Program ini bertujuan untuk memacu output dalam bidang e-dagang, Fintech, penjagaan kesihatan, pembuatan dan bandar pintar.

“Terdapat permintaan yang meningkat terhadap penyelesaian digital dan inovasi teknologi, justeru, kerjasama program GAIN MDEC dengan Huawei untuk program Spark tepat pada masanya. Ia akan menawarkan peluang kepada syarikat teknologi tempatan untuk mendapat sokongan kewangan, menguji strategi pergi-ke-pasaran mereka dan berhubung dengan mentor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohamad Rejab Sulaiman, Pengurus Besar Pusat Data, Awan dan Internet, TM ONE berkata: “Dalam era digital hari ini, awan adalah teknologi utama yang menggerakkan semua teknologi inovatif lain seperti 5G, AI/Pembelajaran Mesin dan Analisis, IoT dan Edge Computing.

“Sebagai penyedia perkhidmatan awan melalui platform Edge kami, kami gembira untuk bekerjasama dengan Huawei dan MDEC dalam program ini.

“Ia melengkapkan kerjasama kami yang diumumkan baru-baru ini dengan MDEC, dalam usaha sama kami untuk terus mengukuhkan kesediaan digital Malaysia, termasuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana serta mikro dari segi digital, untuk menyokong peranan unik TM sebagai pendorong Digital Malaysia.

“Kami berharap kepada lebih banyak penyelesaian inovatif diwujudkan melalui inisiatif ini, dan meninjau kemungkinan kerjasama dengan syarikat ini pada masa depan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Michael Yuan berkata: “Melalui kerjasama ini, saya yakin kami akan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan berkembang, membina ekosistem yang baik untuk mereka berkembang maju, dan bersama dengan penyelesaian inovatif mereka, memacu transformasi digital di seluruh negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat Digital ASEAN.”

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon