B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hextar beli Nobel Group dengan nilai RM105 juta perluas kedudukan dalam sektor bahan kimia khusus

Hextar beli Nobel Group dengan nilai RM105 juta perluas kedudukan dalam sektor bahan kimia khusus

12 Jul 2021

Hextar Global Bhd akan membeli Nobel Synthetic Polymer Sdn Bhd dan Nobel Scientific Sdn Bhd dengan nilai RM105 juta secara tunai.

Syarikat agrokimia itu memaklumkan kepada bursa saham bahawa ia telah memeterai perjanjian penjualan saham untuk membeli seluruh kepentingan ekuiti keduadua syarikat, dikenali sebagai Nobel Group.

“Dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan dalaman mereka serta  pengalaman selama bertahun-tahun dalam inisiatif penyelidikan dan pembangunan dalam aplikasi polimer yang praktikal dalam industri getah, Nobel Group mengeluarkan formulasi dengan tumpuan kepada getah dan produk berkaitan getah,” katanya dalam kenyataan.

Pembelian itu adalah dengan jaminan keuntungan sebanyak RM42 juta dalam tempoh tiga tahun yang membawa kepada keuntungan selepas cukai sebanyak RM14 juta setahun.

Pembelian tersebut akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank.

Pembelian terkini Hextar itu adalah susulan pengambilalihan Alpha Aim (M) Sdn Bhd dan Chempro Technology (M) Sdn Bhd baru-baru ini, yang telah diluluskan oleh pemegang saham pada 14 Jun, 2021.

“Nobel Group akan membentuk sebahagian daripada usaha Hextar untuk memperluas kedudukannya dalam industri kimia dan akan dimiliki sepenuhnya oleh Hextar Global Bhd,” kata Pengarah Eksekutif Datuk Ong Choo Meng. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon