B. Malaysia

|

|

This site
is mobile
responsive


Hadigy ambil alih 30 peratus kepentingan dalam Neurogine dengan nilai US$10 juta

Hadigy ambil alih 30 peratus kepentingan dalam Neurogine dengan nilai US$10 juta

08 Mac 2021

Syarikat permulaan teknologi kewangan (ntech) Malaysia, Neurogine Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan Hadigy Ltd, sebuah syarikat pegangan pelaburan yang berpangkalan di United Kingdom, dan Hadigy akan mengambil alih 30 peratus kepentingan dalam Neurogine dengan nilai US$10 juta.

Perjanjian itu dibuat melalui Platform Penyelarasan Pelaburan Domestik (DICP) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang membolehkan Hadigy mengambil alih 1.93 juta saham biasa Neurogine, ntech yang khusus dalam pendigitalan perbankan mudah alih, pembayaran mudah alih dan penyelesaian asset digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine Owen Chen Chee Onn berkata dana tersebut akan digunakan untuk meningkatkan usaha jualan, pemasaran dan melaksanakan pelan tindakan inovasi produknya untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Neurogine kini memberikan perkhidmatan kepada bank, syarikat dan pengguna swasta di Asia Tenggara dan rantau lain.

“Kami gembira Hadigy berkongsi persamaan kami untuk membolehkan perkhidmatan kewangan dapat diakses di rantau ini,” katanya pada majlis pemeteraian secara maya antara Neurogine dan Hadigy, diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya Hari Iyer hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud menyaksikan majlis itu yang diadakan secara maya.

Azman berkata agensi itu telah mengambil pendekatan proaktif melalui DICP dalam menyokong syarikat tempatan, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat permulaan untuk menangani cabaran dalam akses yang terhad kepada pembiayaan.

“Kehadiran pemberi dana asing seperti Hadigy dalam ruang ini akan membantu mempercepatkan penggunaan teknologi dan menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan ntech di Malaysia,” katanya.

Inovasi kewangan maju Neurogine termasuklah Neurogine nPay, penyelesaian pembayaran mudah alih bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan lokasi dan pilihan pembayaran, Neurogine nBank, rangkaian  platform perbankan mudah alih, Neurogine nCard, Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan teknologi pembayaran

perkhidmatan token, Neurogine nTrade, AIdriven, pelbagai laluan, platform pembrokeran wang pelbagai dan banyak lagi.

Chen berkata penekanan Neurogine yang utama ialah usahanya untuk membina ‘banking stack’ untuk membolehkan bank mengendalikan platform Antara Muka Pemprograman Aplikasi (API).

“Platform seperti ini bermaksud bank dapat menghubungkan pemegang akaun dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga selain memberikan pengalaman perbankan yang amat eksibel dan mudah alih.

“API perbankan kami disediakan di antara perkhidmatan menyeluruh konvensional oleh bank-bank dengan perkhidmatan duluan yang disediakan oleh rakan pihak ketiga.

“Ini memberi peluang kepada Neurogine untuk menyokong bank-bank menerusi platform seperti Neurogine nPay, Neurogine nCard dan Neurogine nTrade,” katanya.

Chen berkata pihak bank boleh menerima guna sepenuhnya model perniagaan  baharu, penggunaan baharu serta teknologi baharu seperti aplikasi blockchain kewangan dan kontrak pintar untuk mengurangkan kos serta menambah baik kepuasan pelanggan.

“Kami baru saja memulakan inovasi, digabungkan dengan dana yang ditawarkan oleh Hadigy sekali gus melangkaui kekangan yang dihadapi makmal penyelidikan kami.

“Ini akan memberi impak positif kepada pemegang akaun, pemegang kad dan peniaga di peringkat kerajaan, perniagaan, di seluruh sempadan, sektor, dan institusi.

“Hadigy, dengan kepakaran mereka, terutama pengalaman, perspektif dan hubungan mereka, akan membantu kami melaksanakan visi dengan cepat dan meluas,” katanya.

Iyer berkata Hadigy ialah syarikat kewangan dan pelaburan korporat bebas dengan rekod prestasi cemerlang dari segi penggabungan dan pengambilalihan perusahaan sederhana, syarikat global besar dan organisasi sektor awam.

“Hadigy merupakan Rakan Pakatan Oracle Netsuite bagi Malaysia, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Thailand, serta wakil sah CIG Capital LLC untuk negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Beliau berkata ekonomi Malaysia yang dinamik dan pesat menawarkan peluang, terutama dalam bidang teknologi kepada pelabur seperti Hadigy.

Hadigy merupakan ‘techfin’ yang bersifat menyokong seperti Neurogine, dengan visi untuk memperluas dan merealisasikan matlamat mendemokrasikan perkhidmatan kewangan.

‘Techfin’ merujuk kepada firma teknologi yang mahu menawarkan produk kewangan berdasarkan penyelesaian teknologi sedia ada.

“Amat menggembirakan apabila menyaksikan Neurogine mengambil langkah seterusnya bersama kami dan berusaha menyelesaikan cabaran dunia sebenar seperti merapatkan jurang golongan yang tidak memggunakan bank atau institusi perbankan dengan mereka yang mempunyai akaun bank namun memilih perkhidmatan kewangan alternatif di rantau ini,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X