B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Escatec bekerjasama dengan Byte Lab dorong tawaran perkhidmatan reka bentuk di Eropah

Escatec bekerjasama dengan Byte Lab dorong tawaran perkhidmatan reka bentuk di Eropah

27 Apr 2022

Pakar penyedia pembuatan elektronik (EMS) bersepadu, Escatec Sdn Bhd mengumumkan kerjasama baharu dengan Byte Lab, syarikat reka bentuk elektronik berpangkalan di Zagreb, memaparkan pelan strategiknya yang berterusan untuk berkembang sebagai peserta utama dalam industri global EMS.

Dalam satu kenyataan, Escatec yang dimiliki Switzerland dan beribu pejabat di Pulau Pinang berkata, langkah itu akan membolehkannya menawarkan perkhidmatan pembangunan produk, reka bentuk dan prototaip di Eropah dengan kos-berkesan.

Ia juga akan membolehkan Byte Lab menawarkan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pembuatan secara besar-besaran dengan akses kepada portfolio Escatec sebagai lokasi pembuatan yang kompetitif di Malaysia, Switzerland, United Kingdom, Republik Czech dan Amerika Syarikat.

Pengarah Pembangunan Strategik Escatec, Charles-Alexandre Albin berkata, kerjasama itu dijangka memberi keputusan segera yang kukuh memandangkan pelanggan telah menyatakan hasrat untuk mengawal kos dengan mengalihkan beberapa keperluan produk yang lebih dekat dengan mereka di Eropah.

“Kami melihat situasi ini sebagai kemajuan yang ketara berikutan Byte Lab, pada dasarnya sebagai tambahan kepada meja kerja Escatec, manakala Escatec menjadi rakan pembuatan eksklusif besar-besaran Byte Lab,” katanya.

Escatec yang ditubuhkan pada 1974, menawarkan perkhidmatan pembuatan elektronik lengkap dan kekotak bersepadu sepenuhnya – daripada reka bentuk dan pembangunan, prototaip dan pensijilan produk, sehingga pengeluaran besar-besaran dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan global jenama OEM yang utama.

Perolehan kumpulan pada 2021 berjumlah melebihi US$300 juta (US$1=RM4.35), dan ia diunjurkan kembali berkembang kukuh pada tahun ini.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon