Eksport peralatan perubatan Malaysia melonjak 24.9 peratus kepada RM30 bilion pada 2020 - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Eksport peralatan perubatan Malaysia melonjak 24.9 peratus kepada RM30 bilion pada 2020

Eksport peralatan perubatan Malaysia melonjak 24.9 peratus kepada RM30 bilion pada 2020

29 Mac 2021

Eksport peralatan perubatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka iaitu 24.9 peratus bernilai RM29.99 bilion pada 2020, dipacu oleh peningkatan permintaan semasa tempoh pandemik, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong.

Lim berkata eksport utama ialah sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan, instrumen perubatan, alat dan perkakas  kateter, picagari, jarum dan sutur dan peralatan perubatan elektro.

Menurutnya, eksport sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 51.9 peratus tahun lepas bernilai RM17.07 bilion dengan destinasi eksport utama ialah Amerika Syarikat (AS), Jerman, Jepun, China dan Brazil.

“Eksport pelitup muka perubatan pada 2020 mencatatkan pertumbuhan tiga angka sebanyak 407.5 peratus bernilai  RM61.1 juta berbanding  RM12.04 juta pada 2019.

“Destinasi eksport utama pelitup muka pembedahan kita ialah  Hong Kong, China, Itali, Singapura dan Jerman,” katanya pada majlis pelancaran pelitup muka jenama Callie di sini, hari ini.

Lim berkata Perbadanan  Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) komited untuk membina daya tahan pengeksport Malaysia di peringkat global terutamanya dalam tempoh pemulihan pandemik COVID-19.

“MATRADE telah merangka 334 aktiviti penggalakan dan pembangunan eksport pada 2021 menumpu kepada melahirkan peneraju eksport dalam sektor bernilai tinggi termasuk sub eksport perubatan dan farmaseutikal.

Bagi memudahkan lagi syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa di tengah-tengah krisis kesihatan ini. MATRADE menyediakan maklumat terkini perkembangan pasaran menerusi MyExport dan menggunakan format maya mesyuarat perniagaan-kepada-perniagaan yang diatur terlebih dahulu menerusi eBizMatch, katanya.

“Sejak penularan COVID-19 pada Mac tahun lepas, MATRADE telah menjalankan 196 sesi eBizMatch yang melibatkan pembeli dari AS, UK, Belanda, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan, China, Hong Kong dan Australia yang ingin mendapatkan produk perubatan seperti sarung tangan getah, peralatan perlindungan diri, pelitup muka, picagari, kateter dan sutur,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon